Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Iran dakwa AS dipaksa tandatangani perjanjian tamat perang

A woman holds an Iranian flag on a street in Tehran, Iran, June 10, 2026. Majid Asgaripour/WANA (West Asia News Agency) via REUTERS ATTENTION EDITORS - THIS PICTURE WAS PROVIDED BY A THIRD PARTY
Persetujuan bagi menamatkan perang antara Washington dan Tehran telah dicapai, namun, masih belum ada perincian lanjut mengenai kandungan persefahaman tersebut.

TEHRAN: Media kerajaan Iran mendakwa Amerika Syarikat (AS) terpaksa menandatangani satu persefahaman bagi menamatkan perang dengan Republik Islam Iran serta apa yang dirujuk Tehran sebagai “Pakatan Penentangan” di rantau Asia Barat.

Menurut laporan itu, Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif memaklumkan, perang melibatkan Amerika Syarikat terhadap Iran dan sekutunya akan dihentikan secara kekal serta-merta di semua medan konflik.

Shehbaz turut mendakwa, persetujuan bagi menamatkan perang antara Washington dan Tehran telah dicapai, namun, tidak memperincikan butiran lanjut mengenai kandungan persefahaman tersebut.

Laporan itu hadir ketika rundingan damai antara Amerika Syarikat dan Iran terus dipergiat, termasuk usaha diplomatik melibatkan Qatar bagi memuktamadkan perjanjian berkenaan.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengesahan rasmi secara terperinci daripada Washington mahupun Tehran berhubung syarat akhir perjanjian tersebut. - Agensi

Must Watch Video

Advertisement