Skip to main content

Dunia

Konflik Asia Barat: Perjanjian damai AS-Iran dicapai, harga minyak mentah turun lebih 4 peratus

FILE PHOTO: The Druzhba oil pipeline between Hungary and Russia is seen at the Hungarian MOL Group's Danube Refinery in Szazhalombatta, Hungary, May 18, 2022. REUTERS/Bernadett Szabo/File Photo/File Photo
Harga minyak global mencatat penurunan ketara pada Isnin selepas Amerika Syarikat (AS) dan Iran mencapai kata sepakat dalam satu perjanjian untuk menamatkan konflik serta membuka semula laluan perkapalan di Selat Hormuz pada Jumaat. - Gambar hiasan/ Reuters

NEW YORK: Harga minyak global mencatat penurunan ketara pada Isnin selepas Amerika Syarikat (AS) dan Iran mencapai kata sepakat dalam satu perjanjian untuk menamatkan konflik serta membuka semula laluan perkapalan di Selat Hormuz pada Jumaat.

Memetik laporan Reuters pada Isnin, niaga hadapan minyak mentah Brent susut sebanyak AS$3.51 atau 4.02 peratus kepada AS$83.82 setong, manakala minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) jatuh AS$3.93 atau 4.63 peratus kepada AS$80.95 setong.

Penurunan ini berlaku selepas kenyataan Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, yang bertindak sebagai perantara penting dalam rundingan mengesahkan kedua-dua negara telah mencapai persetujuan bagi menamatkan konflik yang berlarutan di laman sosial X.

Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump  turut membuat pengumuman sama bahawa satu perjanjian damai dengan Iran telah dimuktamadkan, dengan menyeru agar aliran minyak global disambung semula, katanya dalam satu kenyataan di Truth Social.

Selat Hormuz merupakan laluan strategik yang mengendalikan kira-kira 20 peratus penghantaran minyak dan gas dunia. Sepanjang konflik, gangguan di laluan ini telah menyebabkan bekalan minyak global terjejas dan mendorong lonjakan harga komoditi itu.

Ketegangan sebelum ini menyaksikan sekatan dan ancaman terhadap kapal perdagangan, sekali gus mengehadkan aliran minyak dari negara-negara Teluk ke pasaran antarabangsa. - Agensi

Must Watch Video

Advertisement