awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Serangan AS ke atas tapak nuklear Iran tidak lepaskan radiasi - Badan pemantau
MALAYSIA
Malaysia seru kerjasama ASEAN-OIC tangani krisis Myanmar
MALAYSIA
Tindakan kenteraan unilateral boleh heret Asia Barat ke arah konflik besar - Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Konflik Iran-Israel: Jabatan Polis AS bersiap siaga

Astro Awani
Astro Awani
22/06/2025
07:50 MYT
Konflik Iran-Israel: Jabatan Polis AS bersiap siaga
Taman Lafayette ditutup buat sementara waktu, berikutan serangan AS ke atas kemudahan nuklear Iran. - REUTERS/Ken Cedeno
JABATAN Polis Amerika Syarikat (AS) berada dalam keadaan siap siaga susulan pengumuman Presiden Donald Trump bahawa pasukan tentera negara itu telah menyerang tiga tapak utama nuklear Iran.
Datuk Bandar Los Angeles, Karen Bass berkata, setakat ini tiada sebarang ancaman dikenal pasti.
Bagaimanapun katanya, pihak berkuasa akan terus memantau dan meningkatkan rondaan di rumah ibadat, ruang komuniti serta lokasi budaya.
Memetik laporan Reuters, Jabatan Polis New York City dan Washington D.C. turut memuat naik mesej serupa di akaun X mereka.
Menteri Luar Iran, Abbas Araqchi, dalam kenyataan di X berkata, Iran berhak menggunakan semua pilihan untuk mempertahankan diri selepas serangan AS terhadap kemudahan nuklear mereka.
Beliau menyifatkan serangan itu sebagai “tidak masuk akal dan akan membawa akibat yang berkekalan.”
Terdahulu, Trump memaklumkan bahawa AS telah melakukan serangan "sangat berjaya" ke atas kemudahan nuklear Iran di Fordow, Natanz, dan Isfahan.
Serangan tersebut menimbulkan reaksi pelbagai di peringkat global, termasuk daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang melahirkan kebimbangan mendalam terhadap tindakan ketenteraan AS ke atas Iran.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Konflik Iran-Israel
#Donald Trump
#AS serang Iran
#berita luar negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami