awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
PUC Sport jalin kerjasama perluas jenama, taja WTS FC dan Nara United
DUNIA
Serangan dron Rusia ke atas Kyiv cederakan lima orang, cetus kebakaran
BISNES
Konflik Israel-Iran: Harga minyak melonjak selepas serangan AS ke atas Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Konflik Israel-Iran: China nyatakan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan ketegangan

Astro Awani
Astro Awani
22/06/2025
23:40 MYT
Konflik Israel-Iran: China nyatakan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan ketegangan
Fu mengecam serangan Israel ke atas Iran sebagai pelanggaran terhadap kedaulatan, keselamatan dan integriti wilayah negara itu. - Foto AP
NEW YORK: Duta Besar China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Fu Cong, menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan ketegangan antara Iran dan Israel, sambil menggesa semua pihak agar segera menghentikan tindakan ketenteraan yang berisiko mencetuskan konflik lebih besar di Asia Barat.

Ringkasan AI
  • Duta China ke PBB, Fu Cong, menyatakan kebimbangan mendalam terhadap peningkatan konflik antara Iran dan Israel dalam mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB.
  • China mengecam serangan Israel sebagai pelanggaran kedaulatan Iran dan menyeru semua pihak menahan diri serta mengelakkan tindakan ketenteraan lanjut.
  • Beijing turut memberi amaran kepada rakyatnya di rantau tersebut agar bersiap sedia menghadapi risiko keselamatan dan mempertimbangkan pemindahan dari kawasan berisiko tinggi.

Dalam mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB, Fu mengecam serangan Israel ke atas Iran sebagai pelanggaran terhadap kedaulatan, keselamatan dan integriti wilayah negara itu.
“China menentang sebarang tindakan yang memperhebatkan konflik dan memperluas ketegangan.
"Kami amat bimbang terhadap akibat serius yang mungkin timbul daripada tindakan Israel,” katanya seperti dilaporkan agensi berita Xinhua.
Beliau turut menyatakan bahawa perkembangan semasa boleh menjejaskan rundingan diplomatik berkaitan isu nuklear Iran, dan menyeru semua negara yang mempunyai pengaruh ke atas Israel agar memainkan peranan untuk meredakan keadaan.
China juga telah mengeluarkan nasihat keselamatan kepada rakyatnya di Israel dan Iran, menggesa mereka bersiap sedia menghadapi kemungkinan serangan peluru berpandu dan dron, serta mempertimbangkan untuk meninggalkan kawasan berisiko tinggi.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Konflik Iran-Israel
#Mesyuarat tergempar
#PBB
#Fu Cong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami