awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Wakil China kecam serangan AS terhadap Iran
MALAYSIA
Kerajaan sasar 200,000 individu bebas bankrap tahun ini - Azalina
MALAYSIA
SPRM tahan seorang lagi ADUN Sabah, disyaki minta, terima rasuah RM150,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Konflik Israel-Iran: Ibu dan anak terbunuh dalam serangan dron Israel di Kermanshah

Astro Awani
Astro Awani
23/06/2025
04:40 MYT
Konflik Israel-Iran: Ibu dan anak terbunuh dalam serangan dron Israel di Kermanshah
Kementerian Kesihatan Iran melaporkan bahawa sekurang-kurangnya tiga hospital dan enam ambulans telah diserang, mengakibatkan ratusan kematian dan ribuan cedera di seluruh negara. - Foto X/Embassy of the I.R. of Iran, Tokyo
KERMANSHAH: Seorang ibu dan anaknya dilaporkan terbunuh dalam serangan dron Israel yang menyasarkan Hospital Farabi di wilayah Kermanshah, Iran, menurut kenyataan rasmi Kementerian Kesihatan Iran.

Ringkasan AI
  • Seorang ibu dan anaknya terbunuh dalam serangan dron Israel ke atas Hospital Farabi di Kermanshah, Iran, yang turut mencederakan kakitangan dan pesakit serta merosakkan bangunan sekeliling.
  • Serangan itu merupakan sebahagian daripada siri serangan ke atas kemudahan perubatan di Iran, dengan Kementerian Kesihatan melaporkan sekurang-kurangnya tiga hospital dan enam ambulans turut menjadi sasaran.
  • Pihak berkuasa Iran mengutuk tindakan tersebut sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa dan menggesa tindakan segera daripada masyarakat global untuk melindungi infrastruktur awam dan nyawa orang awam.

Serangan yang berlaku pada pagi Isnin itu menyebabkan kerosakan teruk pada hospital dan bangunan berdekatan, serta mencederakan beberapa kakitangan perubatan dan pesakit, menurut laporan Al Mayadeen.
Menurut Menteri Kesihatan Iran, Dr Mohammad Reza Zafarghandi, mangsa yang terkorban termasuk seorang pakar sakit puan dan anaknya, yang berada di hospital ketika serangan berlaku.
Gabenor Kermanshah, Manouchehr Habibi, menyifatkan serangan itu sebagai “jenayah kejam” dan menegaskan bahawa semua pasukan kecemasan telah digerakkan untuk menyelamatkan mangsa dan memastikan keselamatan awam.
Hospital Farabi merupakan salah satu daripada beberapa kemudahan perubatan yang menjadi sasaran dalam siri serangan udara Israel ke atas Iran sejak minggu lalu.
Kementerian Kesihatan Iran melaporkan bahawa sekurang-kurangnya tiga hospital dan enam ambulans telah diserang, mengakibatkan ratusan kematian dan ribuan cedera di seluruh negara.
Pihak berkuasa Iran mengecam tindakan Israel sebagai pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengambil tindakan segera bagi menghentikan serangan ke atas infrastruktur awam dan kemanusiaan.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#konflik Israel-Iran
#serangan dron
#Hospital Farabi
#pakar sakit puan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami