awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Dua terbunuh ketika ribut kuat landa Perancis
MALAYSIA
SIS Forum: Peguam seru kreativiti, konsultasi dalam fatwa
MALAYSIA
Muhamad Norazlan dilantik Panglima Tentera Udara ke-21
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Konflik Israel-Iran: Trump dakwa perang sudah tamat, bidas laporan 'palsu' media

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
25/06/2025
15:45 MYT
Sponsor Banner
Konflik Israel-Iran: Trump dakwa perang sudah tamat, bidas laporan 'palsu' media
Trump mengkritik naratif media yang didakwanya mengecilkan keupayaan dan kejayaan Amerika. - Gambar fail/Reuters
THE HAGUE: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata kedua-dua Iran dan Israel kelihatan penat dan letih susulan perang selama 12 hari sejak awal bulan ini.

Ringkasan AI
  • Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mendakwa konflik antara Iran dan Israel selama 12 hari telah tamat selepas serangan ke atas beberapa tapak nuklear Iran.
  • Trump turut mengkritik saluran media utama seperti CNN dan The New York Times kerana didakwa memperlekeh kejayaan operasi tentera Amerika Syarikat.
  • Beliau menyatakan keyakinan bahawa ketegangan semakin reda dan Iran tidak akan kembali meneruskan program senjata nuklearnya.

Dalam sidang media selepas penutupan Sidang Kemuncak NATO 2025, Trump mendakwa konflik tersebut berjaya ditamatkan dengan serangan di beberapa tapak nuklear Iran, dan membidas beberapa saluran media utama yang didakwa membuat laporan palsu.
"Saya hanya ingin mengucapkan terima kasih kepada juruterbang kami. Mereka difitnah dan dilayan dengan sangat buruk, dihina oleh berita palsu CNN.
"Dan New York Times, mereka mengeluarkan cerita yang berbunyi, ya mungkin serangan berjaya, tetapi ia tidak teruk. Ia sangat teruk sehingga perang ditamatkan. Ia menamatkan perang.
"Ada orang kata ia mengakibatkan kemusnahan besar, tetapi sebenarnya, jika anda melihat apa yang berlaku di Hiroshima dan Nagasaki, itu menamatkan perang juga.
"Cara kita menamatkan perang dengan cara yang berbeza, tetapi ya ia mengakibatkan kemusnahan besar," katanya.
Menurut Trump, penarafan kepercayaan media arus perdana telah menjunam sejak kebelakangan ini, dan mengkritik naratif media yang didakwanya mengecilkan keupayaan dan kejayaan Amerika.
Melihat ke hadapan, Trump berkata beliau melihat ketegangan semakin berkurangan dan tidak percaya Iran akan kembali kepada program senjata nuklearnya.
"Saya fikir, tidak, saya rasa mereka (Iran) sudah selesai. Saya fikir Israel akan kembali melakukan apa yang mereka lakukan. Dan saya fikir Iran akan kembali... Iran mempunyai kelebihan besar, sumber minyak yang besar, dan mereka boleh melakukan sesuatu.
"Saya tidak melihat mereka kembali terlibat dalam perniagaan nuklear lagi. Saya rasa mereka telah menamatkannya. Mereka telah melakukannya selama 20 tahun, dan saya juga tidak nampak perkara itu berulang," katanya lagi.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Iran
#Israel
#konflik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami