awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Rusia, Ukraine tekankan kemenangan amat penting

Astro Awani
Astro Awani
05/06/2025
04:10 MYT
Konflik Rusia, Ukraine tekankan kemenangan amat penting
Yermak mengesahkan beliau telah mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, semasa lawatannya ke Washington pada Rabu. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Ketua pegawai Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy, Andriy Yermak, mengesahkan beliau telah mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio, semasa lawatannya ke Washington pada Rabu.
Menurut Yermak kepada pemberita selepas siri pertemuan di ibu negara Amerika Syarikat (AS) itu, kemenangan Ukraine dalam peperangan dengan Rusia disifatkan amat penting.
"Apa yang saya pasti tahu ialah, seperti yang saya katakan, kerjasama kita masih berterusan. Kami telah membincangkan langkah seterusnya dan dalam tempoh dua hari ini, kami berpeluang untuk berbincang. Di White House, di Jabatan Negara dan juga di Capitol Hill," katanya.
Pertemuan tersebut berlangsung pada hari yang sama Presiden Rusia, Vladimir Putin, memaklumkan kepada Presiden AS, Donald Trump, bahawa beliau perlu bertindak balas terhadap serangan dron Ukraine ke atas armada pengebom Rusia.
Dalam masa sama, Putin turut menyifatkan rundingan damai dengan Ukraine sebagai sesuatu yang bermanfaat.
Konflik di Ukraine semakin meruncing selepas hampir empat bulan usaha memujuk dan tekanan berterus dilakukan Trump terhadap Moscow dan Kyiv.
Trump sebelum ini menyatakan hasratnya untuk menamatkan peperangan yang telah berlarutan lebih tiga tahun sekali gus menjadi konflik paling berdarah di Eropah sejak perang dunia kedua.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Marco Rubio
#Rusia
#Andriy Yermak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami