awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik selatan Thailand: Pasukan rundingan damai baharu akan ditubuhkan

Agensi
Agensi
30/01/2025
02:00 MYT
Konflik selatan Thailand: Pasukan rundingan damai baharu akan ditubuhkan
Sebuah pasukan rundingan damai kerajaan baharu akan ditubuhkan bagi menangani konflik yang berterusan di Selatan Thailand.- Gambar Reuters
BANGKOK: Sebuah pasukan rundingan damai kerajaan baharu akan ditubuhkan bagi menangani konflik yang berterusan di selatan Thailand.
Timbalan Perdana Menteri, Phumtham Wechayachai pada Rabu berkata, beliau belum memutuskan siapa yang akan mengetuai pasukan baharu tersebut.
Tambah beliau, keputusan bergantung kepada kajian menyeluruh terhadap strategi yang bertujuan untuk menyelesaikan pemberontakan yang telah berlangsung selama beberapa dekad.
Sebelum ini, Timbalan Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Negara (NSC), Chatchai Bangchuad berkhidmat sebagai ketua perunding dalam rundingan damai di bawah Perdana Menteri terdahulu, Srettha Thavisin.
Phumtham berkata, kerajaan bercadang untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan dalam masa dua minggu bagi menubuhkan pasukan baharu itu.
Beliau menyuarakan kebimbangan mengenai peningkatan kekerapan serangan ganas di sekitar selatan Thailand.
Baru-baru ini, kumpulan pemberontak Barisan Revolusi Nasional Melayu-Patani (BRN) mengkritik kerajaan kerana kelewatan dalam menubuhkan pasukan rundingan baharu, dengan mendesak pihak berkuasa untuk menunjukkan komitmen sebenar terhadap perdamaian.
Topic Berkaitan
#Majlis Keselamatan Negara
#Srettha Thavisin
#Phumtham Wechayachai
#konflik Selatan Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan