awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tumpas sindiket antarabangsa Asia Timur, rampas dadah RM1.04 bilion
ASUS mungkin hasilkan memori sendiri untuk kekalkan harga peranti
Najib bukan orang kampung hingga boleh dikelirukan pengurusan 1MDB - Hakim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konflik Thai-Kemboja: Peranan Malaysia capai gencatan senjata terus dipuji

Agensi
Agensi
29/07/2025
14:45 MYT
Konflik Thai-Kemboja: Peranan Malaysia capai gencatan senjata terus dipuji
Anwar mengumumkan gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat pada Isnin, susulan pertemuan antara Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai di Putrajaya. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Beberapa negara memuji peranan Malaysia dalam mencapai gencatan senjata antara Thailand dan Kemboja selepas lima hari pertempuran yang mengorbankan puluhan nyawa serta mencederakan yang lain.
Terbaharu, China menghargai Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN kerana secara aktif mempromosikan rundingan antara kedua-dua negara
Penghargaan Beijing itu disampaikan jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun dalam sidang media.
Tambah Guo, China akan memainkan peranan membina dalam mengukuhkan persepakatan gencatan senjata.
"Mencapai gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand adalah satu langkah penting untuk memacu kemakmuran dan keamanan. China memuji dan mengalu-alukan keputusan ini.
"China menyokong Malaysia dalam memainkan peranannya sebagai pengerusi ASEAN untuk menggalakkan penyelesaian politik. Kami menyokong semua usaha yang kondusif untuk meningkatkan kepercayaan bersama, meredakan ketegangan, dan mencapai perdamaian.
Guo menambah, sebagai rakan dan jiran kepada kedua-dua negara, China akan mengekalkan komunikasi rapat dengan Kemboja, Thailand, dan pihak lain yang terlibat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan gencatan senjata serta-merta dan tanpa syarat pada Isnin, susulan pertemuan antara Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand Phumtham Wechayachai di Putrajaya.
Selain China, turut mengalu-alukan perjanjian gencatan senjata itu ialah Jepun, Pakistan dan Vietnam
Topic Berkaitan
#ASEAN
#gencatan senjata
#Kementerian Luar
#komunikasi rapat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan