KAHERAH: Kumpulan Houthi mendakwa melancarkan 14 serangan dron ke beberapa bandar Arab Saudi termasuk di kemudahan utama negara itu.
Pergerakan Houthi yang bersekutu dengan Iran di Yaman berkata pada Sabtu, ia menembak 14 dron ke beberapa bandar Arab Saudi, termasuk di kemudahan Saudi Aramco di Jeddah.
Gabungan diketuai Arab Saudi yang memerangi Houthi di Yaman pula berkata, pihaknya memusnahkan tiga dron yang dilancarkan ke arah selatan Arab Saudi dan yang keempat di Yaman.
Ia berkata kumpulan itu "gagal melancarkan dua peluru berpandu balistik" dan ia jatuh di Yaman.
Sementara itu jurucakap tentera Houthi, Yahya Sarea berkata dalam sidang akhbar yang disiarkan di televisyen, bahawa kumpulan itu telah menyerang kilang penapisan Aramco di Jeddah serta sasaran tentera di Riyadh, Jeddah, Abha, Jizan dan Najran.
Kenyataan Sarea tidak tepat, kerana menyebut nama yang salah untuk lapangan terbang antarabangsa di Jeddah dan lokasi yang salah untuk pangkalan Raja Khalid.
Ia menyebut berada di Riyadh sedangkan ia sebenarnya berada di selatan negara itu.
Gabungan diketuai Saudi berkata, pada Sabtu juga ia telah menyerang 13 sasaran semasa operasi ketenteraan terhadap Houthi di Yaman.
Operasi itu dilancarkan ke depot senjata, sistem pertahanan udara dan sistem komunikasi dron di wilayah Sanaa, Saada dan Marib.
Kilang penapisan Aramco di Jeddah telah ditamatkan operasinya pada 2017 tetapi ia mempunyai kilang pengedaran produk petroleum di sana yang sebelum ini disasarkan oleh Houthi pada Mac.
Houthi telah berulang kali melancarkan serangan rentas sempadan ke atas Arab Saudi menggunakan dron dan peluru berpandu sejak gabungan itu campur tangan di Yaman pada Mac 2015 selepas gerakan itu menggulingkan kerajaan yang disokong Arab Saudi dari ibu negara, Sanaa.
Usaha yang diketuai oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Amerika Syarikat untuk gencatan senjata di Yaman telah terhenti.
Konflik yang dilihat sebagai perang proksi antara Arab Saudi dan Iran, telah berada dalam kebuntuan ketenteraan selama bertahun-tahun.
Astro Awani
Sat Nov 20 2021
Tentera Houthi melakukan serangan di daerah al-Jubah, Yaman. - Foto Houthi Media Center/via REUTERS
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Giliran Houthi lancar peluru berpandu ke tengah Israel
Israel mendakwa telah memintas peluru berpandu yang disasarkan ke kawasan itu dari Yaman.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Houthi serang 4 kapal di pelabuhan Haifa
Houthi dakwa sertai operasi ketenteraan dengan kumpulan pejuang Islamic Resistance di Iraq awal pagi tadi.
Pejuang Houthi tahan perisik AS-Israel
Pasukan pejuang disokong Iran itu menahan puluhan kakitangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Kumpulan Houthi sasar tapak tentera pelabuhan Israel
Kumpulan itu menyasarkan tapak tentera dengan peluru berpandu balistik yang dinamakan 'Palestin' yang didedahkan buat kali pertama.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Serangan kapal terkait Israel akan dipertingkat - Houthi
Kumpulan Houthi akan menyasarkan kapal mana-mana syarikat pembekal barangan yang berkaitan dengan Israel tanpa mengira destinasi mereka.
Dua maut dalam serangan Houthi ke atas kapal di Laut Merah
Pejuang Houthi mengaku bertanggungjawab atas serangan itu yang menyebabkan kapal True Confidence terbakar di sekitar 50 batu nautika dari pantai pelabuhan Aden, Yaman.
Houthi sasar dua kapal pemusnah AS
Kapal-kapal itu disasarkan dengan teknologi ketenteraan, serangan beberapa peluru berpandu dan dron tentera laut.
Pemimpin Houthi dakwa telah capai kemenangan sebenar
Banyak syarikat perkapalan komersial telah mengalihkan kapal dari laluan perkapalan penting itu.