INTERNATIONAL
Konfrontasi ketenteraan tidak dapat dielak jika tiada persetujuan mengenai program nuklear Iran

Anggota tentera dilihat mengawal fasiliti nuklear di Isfahan, Iran. - Foto REUTERS
PARIS: Menteri Luar Perancis, Ean-Noel Barrot memberi amaran jika kuasa dunia gagal mencapai persetujuan baharu dengan Iran mengenai program nuklearnya, maka konfrontasi ketenteraan dilihat "hampir tidak dapat dielakkan".
Kenyataan tersebut dibuat selepas Presiden Emmanuel Macron mengadakan mesyuarat bersama menteri-menteri utama dan pakar pada Rabu bagi membincangkan isu nuklear Iran.
Kuasa Eropah sedang berusaha mencipta laluan diplomatik dengan harapan mencapai perjanjian bagi mengehadkan aktiviti pengayaan uranium Iran menjelang musim panas dan sebelum tarikh akhir Oktober 2025.
Ini susulan sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan dengan perjanjian nuklear 2015 akan tamat.Kuasa barat mendakwa program nuklear Iran sebenarnya merupakan usaha tersembunyi untuk membangunkan bom atom.
Bagaimanapun, Iran telah lama menafikan dakwaan tersebut.
Ketika ini kebimbangan semakin meningkat dalam kalangan sekutu Eropah, Washington, bahawa Amerika Syarikat (AS) dan Israel mungkin melancarkan serangan udara ke atas kemudahan nuklear Iran jika tiada persetujuan dicapai.
AS telah memperkukuhkan keupayaan ketenteraan di Asia Barat dengan lebih banyak pesawat perang.
Presiden AS, Donald Trump sebelum ini menggesa pemimpin Iran Ayatollah Ali Khamenei agar segera berunding dan mengancam Iran dengan pengeboman dan sekatan tambahan jika tiada persetujuan dicapai berhubung program nuklearnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami