awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsert F1: Justin Bieber digesa batal persembahan di Arab Saudi

Astro Awani
Astro Awani
21/11/2021
21:03 MYT
Konsert F1: Justin Bieber digesa batal persembahan di Arab Saudi
Bieber berdepan desakan agar membatalkan konsertnya yang bakal diadakan di Arab Saudi pada bulan depan. -Gambar fail
PENYANYI popular, Justin Bieber berdepan desakan agar membatalkan konsertnya yang bakal diadakan di Arab Saudi pada bulan depan.
Gesaan itu semakin meningkat apabila tunang kepada kolumnis Washington Post, Jamal Khashoggi yang terbunuh pada 2018, turut membuat desakan agar penyanyi kelahiran Kanada itu tidak membuat persembahan menjelang perlumbaan Formula 1 di negara itu pada 5 Disember nanti.
Dalam surat terbuka yang diterbitkan oleh The Washington Post, Hatice Cengiz menggesa Bieber membatalkan konsertnya sebagai mesej jelas bahawa nama dan bakatnya tidak mampu memulihkan reputasi rejim yang mengakibatkan kematian Khashoggi.
Konsert F1 | Justin Bieber digesa batal konsert di Arab Saudi
Persembahan Bieber adalah antara tumpuan dalam konsert pembukaan F1 meskipun penyanyi rap A$AP Rocky, Jason Derulo, David Guetta dan Tiesto juga bakal membuat persembahan.
Ia bukan kali pertama bintang pop antarabangsa berdepan tekanan untuk menarik diri daripada konsert di Arab Saudi.
Sebelum ini, Mariah Carey juga pernah mengambil alih pentas konsert di Arab Saudi selepas pembunuhan Khashoggi oleh ejen Saudi di Turki pada Oktober 2018.
Tekanan orang ramai bagaimanapun telah mendorong penyanyi Nicki Minaj membatalkan konsertnya di Jeddah pada 2019.
Topic Berkaitan
#Justin Bieber
#Jamal Khashoggi
#The Washington Post
#Hatice Cengiz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan