Skip to main content

Dunia

Konvoi Darat Palestin tiba di Gaziantep dalam perjalanan ke wilayah Palestin

Konvoi Darat Palestin ketika tiba di Adana, Turkiye sebelum meneruskan perjalanan ke Gazientep.
Konvoi Darat Palestin ketika tiba di Adana, Turkiye sebelum meneruskan perjalanan ke Gazientep. - Foto Alkhair Malaysia
Advertisement

DAMSYIK: "Konvoi Darat Palestin" tiba di bandar Gaziantep, Turkiye, pada Khamis sebagai sebahagian daripada perjalanan antarabangsanya menuju ke wilayah Palestin, dan disambut mesra oleh penduduk tempatan, lapor Agensi Berita Arab Syria (SANA).

Konvoi itu disambut oleh aktivis Syria, anggota komuniti Syria di Turkiye serta penyokong daripada pelbagai negara sebagai tanda solidariti berterusan terhadap rakyat Palestin dan perjuangan mereka.

Persinggahan di Gaziantep merupakan sebahagian daripada perjalanan darat yang bermula pada penghujung Julai dari bandar Srebrenica di Bosnia dan Herzegovina, dengan penyertaan kira-kira 1,000 penyokong dari beberapa negara Eropah dan Arab.

Selepas merentasi Albania dan Greece sebelum memasuki Turkiye, konvoi itu dijangka meneruskan perjalanan melalui Iraq dan Jordan sebelum tiba di wilayah Palestin.

-- BERNAMA-SANA

 

 

Must Watch Video

Advertisement