ANGKA korban COVID-19 terus meningkat.

Jumlah kumulatif kematian global akibat virus SARS-CoV-2 itu kini lebih 603,000 kes.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan angka korban di seluruh dunia meningkat lebih 5,000 kes dalam tempoh 24 jam.


Jumlah kumulatif kematian global akibat virus SARS-CoV-2 itu kini lebih 603,000 kes.
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 140,000 kematian.

Brazil dan United Kingdom berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan lebih 78,000 dan 45,000 kematian akibat COVID-19.

Mexico, Itali dan Perancis merekodkan angka kematian 38,000, 35,000 dan 30,000 kes.

Sepanyol dan India pula masing-masing merekodkan 28,000 dan 26,000 kes maut COVID-19.

Iran merekodkan kematian lebih 14,000 kes manakala negara-negara lain masih merekodkan angka kematian bawah 13,000 kes.