ANGKA kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 1.81 juta kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 344,000 kes.

Ini diikuti Brazil, India dan Mexico yang merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Itali, United Kingdom, Perancis, Rusia, Iran dan Sepanyol.

Manakala negara yang merekodkan antara 30,000 dan 50,000 kes kematian ialah Argentina, Colombia, Peru dan Jerman.

Poland, Afrika Selatan, Indonesia dan Turki pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.