awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korban kondominium runtuh di Florida meningkat kepada 9

Astro Awani
Astro Awani
27/06/2021
22:22 MYT
Korban kondominium runtuh di Florida meningkat kepada 9
Angka korban dalam insiden pada Jumaat lepas itu meningkat kepada sembilan orang. -AP
MIAMI: Angka korban dalam insiden runtuhan kondominium 12 tingkat di Surfside, Florida, Amerika Syarikat pada Jumaat meningkat kepada sembilan orang.
Pihak berkuasa berkata pasukan mencari dan menyelamat menjumpai mayat di bawah runtuhan bangunan berkenaan.
Datuk Bandar Miami, Daniella Levine Cava pada sidang media berkata setakat ini terdapat 156 orang lagi yang masih hilang.
Menurutnya, misi utama mereka mereka ialah mencari dan menyelamatkan nyawa seramai mungkin.
Sebahagian bangunan kondominium Champlain Towers South itu runtuh semasa penghuninya sedang nyenyak tidur.
Bangunan itu terletak di Surfside, kira-kira 9.6 kilometer di utara pantai Miami.
Semalam sebuah laporan mendedahkan, terdapat kesilapan besar dalam struktur reka bentuk asal bangunan berkenaan di mana ia dikatakan menghalang aliran air daripada tapaknya ke Menara Champlain.
Usaha menyelamat mangsa-mangsa yang masih terperangkap sejak beberapa hari diganggu masalah kebakaran di bangunan tersebut.
Angin kencang dan hujan juga menyukarkan pasukan mendekati lokasi kejadian.
Kira-kira 130 anggota bomba dikerahkan bertugas dan mereka bertungkus lumus bekerja 24 jam sepanjang operasi dengan dibantu anjing pengesan serta peralatan lain.
Bangunan tersebut pada asalnya mempunyai 136 unit kediaman dan insiden pada jumaat menyebabkan sebanyak 55 unit di bahagian timur laut bangunan tersebut runtuh.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Kondominium 12 tingkat runtuh
Topic Berkaitan
#Surfside
#Daniella Levine Cava
#kondominium runtuh
#runtuhan bangunan
#Champlain Towers South
#angka korban
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan