awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Amanat KSN 2026: Kepimpinan yang bergerak pantas, berakar pada amanah
Isu pelarasan pencen: Permohonan pesara tentera untuk kebenaran merayu ditolak
KPKT guna pendekatan guna semula adaptif tangani premis kedai terbiar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korban tanah runtuh di India meningkat, 50 lagi masih hilang

Bernama
Bernama
01/07/2022
13:25 MYT
Korban tanah runtuh di India meningkat, 50 lagi masih hilang
Jumlah korban akibat tanah runtuh di Manipur, India meningkat kepada 16 orang manakala berpuluh-puluh lagi hilang. - Foto REUTERS
NEW DELHI: Jumlah korban akibat tanah runtuh di Manipur, India meningkat kepada 16 orang manakala berpuluh-puluh lagi hilang.
Bencana yang berlaku di tapak pembinaan kereta api pada Khamis itu menyebabkan berpuluh-puluh orang termasuk pekerja dan askar tertimbus di bawah runtuhan tanah.
"Sedih dengan kehilangan nyawa termasuk anggota tentera. Seramai 50 lagi mangsa yang hilang belum ditemukan," kata Ketua Menteri Manipur N. Biren Singh pada Jumaat.
Kejadian itu berlaku berhampiran stesen kereta api Tupul di daerah Noney, kira-kira 50 kilometer dari Imphal, ibu kota Manipur.
Lapan lagi mayat ditemukan pada Jumaat, menjadikan jumlah korban kepada 16, menurut laporan di laman sesawang NDTV.
Sejak beberapa hari lalu hujan lebat melanda wilayah timur laut India.
Di negeri Assam, banjir dan tanah runtuh telah membunuh kira-kira 140 orang dan menjejaskan lebih tiga juta penduduk di 25 daerah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#korban
#India
#Manipur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan