awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FINAS kaji semula permohonan 'Itui Suli Suli Bajau!' untuk Skim Wajib Tayang
DBKL pastikan tiada ‘middleman’ ambil kesempatan tapak bazar Ramadan - Hannah Yeoh
Tehran sedia untuk perjanjian nuklear adil, saksama, kata diplomat kanan Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan, China tandatangani 7 MoU termasuk pertukaran mata wang

Bernama
Bernama
01/11/2025
20:30 MYT
Korea Selatan, China tandatangani 7 MoU termasuk pertukaran mata wang
Turut dimeterai ialah perjanjian kerjasama dua hala untuk memerangi jenayah pancingan data suara dan jenayah penipuan dalam talian. - Gambar Reuters
GYEONGJU (Korea Selatan): Korea Selatan dan China menandatangani tujuh memorandum persefahaman (MoU) pada Sabtu, lapor Agensi Berita Yonhap yang memetik Pejabat Presiden Korea Selatan.
Majlis menandatangani perjanjian itu diadakan di luar Sidang Kemuncak Korea Selatan-China yang dihadiri Presiden Lee Jae Myung dan Presiden China, Xi Jinping sempena Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), yang kedua-dua pemimpin membincangkan cara untuk memperluas kerjasama dalam pelbagai sektor.
MoU berkenaan merangkumi perjanjian pertukaran mata wang antara won Korea dan yuan China, pengukuhan kerjasama dalam perdagangan dan perkhidmatan, pelan kerjasama ekonomi bersama bagi tempoh 2026-2030, serta promosi bersama program kerjasama syarikat pemula.
Turut dimeterai ialah perjanjian kerjasama dua hala untuk memerangi jenayah pancingan data suara dan jenayah penipuan dalam talian, serta mengenai keperluan fitosanitasi bagi eksport buah kesemak segar Korea Selatan ke China.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#China
#Memorandum Persefahaman
#APEC
#mata wang
#kerjasama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan