awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan: Kes penyakit berkaitan haba meningkat 83 peratus

Bernama
Bernama
07/07/2025
20:00 MYT
Korea Selatan: Kes penyakit berkaitan haba meningkat 83 peratus
Bilangan individu yang mengalami penyakit berkaitan haba meningkat lebih 83 peratus berbanding tahun lepas apabila gelombang haba melanda negara itu lebih awal daripada biasa tahun ini. - Foto hiasan
SEOUL: Bilangan individu yang mengalami penyakit berkaitan haba meningkat lebih 83 peratus berbanding tahun lepas apabila gelombang haba melanda negara itu lebih awal daripada biasa tahun ini, menurut data pada Isnin.
Menurut Agensi Berita Yonhap, Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) merekodkan 875 pesakit setakat Ahad tahun ini, meningkat 83.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
KDCA mula merekodkan bilangan pesakit berkaitan haba sejak 15 Mei.
Daripada 875 pesakit itu, tujuh orang dipercayai meninggal dunia akibat strok haba, berbanding tiga kematian pada 2023, menurut KDCA.
Terdahulu, agensi cuaca negara itu mengeluarkan amaran gelombang haba pertama musim ini untuk seluruh Seoul.
Amaran pertama tahun ini dikeluarkan 18 hari lebih awal berbanding tahun lepas, ketika negara itu mengalami gelombang haba terburuk yang pernah dicatatkan.
Amaran gelombang haba dikeluarkan apabila suhu maksimum dijangka mencecah 35 darjah Celsius atau lebih selama dua hari berturut-turut atau apabila kerosakan besar akibat haba dijangka berlaku.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#penyakit berkaitan haba
#gelombang haba
#KDCA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan