Tentera udara Korea Selatan menjalankan latihan ketenteraan pada awal Isnin susulan ujian nuklear keenam Korea Utara semalam.
Beberapa peluru berpandu balistik serta jet pejuang F-15K dilaporkan mula melancarkan latihan serangan di perairan timur Korea Selatan.
Peluru berpandu itu mampu mengena sasaran di tapak ujian nuklear Korea Utara di Punggye-ri.
Pada Ahad, Korea Utara mendakwa telah berjaya melancarkan ujian nuklear menggunakan bom hidrogen yang mampu dimuatkan bersama peluru berpandu balistik rentas benua.
Tindakan itu dikecam sekeras-kerasnya oleh beberapa pemimpin dunia termasuk Malaysia dan Singapura yang menyatakan ia merupakan ancaman serius kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa.
Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata ujian itu, yang merupakan ujian kali keenam oleh Korea Utara sejak ujian pertamanya pada 2006, adalah pencabulan yang jelas terhadap resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Jelas kenyataan itu, tindakan bersifat provokatif berkenaan merupakan ancaman yang serius kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa.
Katanya lagi, Malaysia amat kesal dengan insiden terbaharu ini yang hanya akan mengeruhkan lagi situasi yang sedia tegang di semenanjung Korea dan rantau tersebut secara keseluruhannya.
Menggesa Korea Utara menghentikan sebarang ujian lanjut serta menghentikan program nuklear dan peluru berpandu balistiknya, Wisma Putra berkata, Malaysia juga bertegas mahu Korea Utara mematuhi sepenuhnya tanggungjawab demi memelihara keamanan dan keselamatan serantau dan antarabangsa.
Sementara itu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, James Mattis memberi amaran kepada Korea Utara sebarang ancaman terhadap negara itu atau sekutunya akan dibalas dengan tindakan ketenteraan.
Kenyataan ini berikutan mesyuarat keselamatan diketuai Presiden Donald Trump.
Ujian tersebut turut disahkan Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat yang menyatakan berlakunya gempa berukuran 6.3 pada skala Richter di Korea Utara dipercayai hasil daripada letupan nuklear tersebut.
Agensi
Mon Sep 04 2017
Berita mengenai tindakan melancarkan ujian nuklear oleh Kim Jong Un menggemparkan semenanjung Korea, Jepun dan masyarakat antarabangsa. - Reuters
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Malaysia boleh minta China pengaruhi Korea Utara
China perlu memainkan peranan yang lebih aktif bagi memastikan Korea Utara menghentikan segala bentuk tindakan provokasinya dan kembali ke meja rundingan.
Korea Selatan lancar latihan tentera susulan ujian nuklear Korea Utara
Pada Ahad, Korea Utara mendakwa telah berjaya melancarkan ujian nuklear menggunakan bom hidrogen.
Korea Utara akui berjaya hasilkan bom hidrogen termaju
Bom itu didakwa lebih hebat dan boleh dilaraskan kepada beberapa ratus kilo tan yang berupaya diletupkan pada ketinggian maksimum.
Bom Hidrogen: Lagu Kpop 'Bang, Bang, Bang', mesej balas Korea Selatan buat Kim
Ketika pemimpin Kim Jong-Un meraikan sambutan ulang tahunnya, beberapa pembesar suara gergasi memainkan beberapa lagu di sempadan negara berkenaan.
Malaysia gesa Korea Utara hentikan ujian bom hidrogen - Anifah
Malaysia menggesa Korea Utara supaya menghentikan sebarang ujian lanjut dan mematuhi dengan sepenuhnya Resolusi-Resolusi Majlis Keselamatan PBB yang berkaitan.