awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan panggil wakil Vietnam susulan dakwaan salah laku seksual pegawai kanan pertahanan

Agensi
Agensi
21/10/2025
03:20 MYT
Korea Selatan panggil wakil Vietnam susulan dakwaan salah laku seksual pegawai kanan pertahanan
Korea Selatan telah memanggil wakil diplomatik Vietnam berhubung dakwaan salah laku seksual membabitkan Timbalan Menteri Pertahanan Vietnam, Hoang Xuan Chien, semasa lawatan rasminya ke Seoul bulan lalu.
SEOUL: Korea Selatan telah memanggil wakil diplomatik Vietnam berhubung dakwaan salah laku seksual membabitkan Timbalan Menteri Pertahanan Vietnam, Hoang Xuan Chien, semasa lawatan rasminya ke Seoul bulan lalu, lapor media tempatan.
Menurut laporan, pegawai kanan Vietnam itu didakwa menyentuh secara tidak wajar seorang penjawat awam Korea Selatan ketika menghadiri forum keselamatan tahunan pada September lalu.
Kementerian Pertahanan Korea Selatan dalam kenyataan kepada AFP pada Selasa (21 Okt) memaklumkan, pihaknya telah mengambil “tindakan sewajarnya” terhadap insiden berkenaan, namun enggan mengesahkan laporan mengenai pemanggilan wakil diplomatik tersebut.
“Pendedahan terperinci mengenai insiden ini adalah terhad bagi menghormati kehendak mangsa,” kata kementerian itu.
Dalam sesi taklimat tertutup bersama wartawan Korea Selatan pada Isnin, kementerian berkenaan menyatakan pihaknya mengecam tindakan Timbalan Menteri Pertahanan Vietnam dan telah meminta jaminan agar kejadian sama tidak berulang.
Media tempatan melaporkan, pegawai terbabit telah meninggalkan Korea Selatan sehari selepas kejadian, manakala atase pertahanan Vietnam dipanggil seminggu kemudian bagi memberikan penjelasan.
Difahamkan, pihak kedutaan Vietnam menyatakan kekesalan terhadap insiden itu dan memberi jaminan bahawa kejadian sedemikian tidak akan berulang.
Setakat ini, Kedutaan Vietnam di Seoul belum memberikan sebarang maklum balas terhadap permintaan komen daripada AFP. - Agensi
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#Vietnam
#salah laku seksual
#penjawat awam Korea Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan