awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Selatan perluas suntikan penggalak kedua

Agensi
Agensi
13/04/2022
05:30 MYT
Korea Selatan perluas suntikan penggalak kedua
Korea Selatan melaporkan 195,419 kes baharu setakat tengah malam Selasa. - AP
SEOUL: Kementerian Kesihatan Korea Selatan mengumumkan memperluaskan pemberian suntikan penggalak vaksin COVID-19 kedua kepada individu berusia lebih 60 tahun ketika negara itu masih berjuang memerangi varian Omicron, lapor Reuters.
"Kerajaan bercadang untuk memperluaskan pusingan keempat vaksinasi kepada mereka yang berumur 60 tahun ke atas," kata Menteri Kesihatan, Kwon Deok-cheol.
Deok-cheol juga memberitahu kadar jangkitan dalam kumpulan umur tersebut semakin meningkat sehingga melebihi 20 peratus.
Negara itu sebelum ini mula memberikan suntikan penggalak kedua kepada kumpulan berisiko tinggi susulan lonjakan jangkitan Omicron yang menyebabkan kes baharu dan kematian mencecah paras tertinggi dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Korea Selatan melaporkan 195,419 kes baharu setakat tengah malam Selasa, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 15,830,644 jangkitan dan 20,034 kematian.
Setakat ini, 316,608 individu telah menerima suntikan penggalak kedua, menurut data yang diperoleh dari Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA), dengan kira-kira 33 juta orang atau 64.2 peratus daripada jumlah penduduk, telah menerima suntikan penggalak pertama.
Kementerian juga akan memaklumkan beberapa pindaan kepada peraturan penjarakan sosial, Jumaat ini.
Negara itu melonggarkan sekatan COVID-19 awal bulan ini, termasuk membenarkan operasi kedai makan dan perniagaan lain hingga tengah malam, dan membenarkan perhimpunan persendirian dengan maksimum 10 orang.
Arahan mewajibkan pemakaian pelitup muka juga akan disemak dan dinilai semula.
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#COVID-19
#jangkitan
#vaksin
#suntikan penggalak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan