awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Tangan kami terlepas...saya yang lemas, dia yang meninggal dunia'
Seorang maut, 26 cedera dalam nahas 50 kenderaan di lebuh raya Jepun
Papa Zola The Movie guna dialek negeri tarik penonton ke pawagam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Utara lancar 190 lagi belon sampah ke Korea Selatan

Bernama
Bernama
07/09/2024
06:15 MYT
Korea Utara lancar 190 lagi belon sampah ke Korea Selatan
Tiada bahan berbahaya ditemui dalam belon itu, yang hanya mengandungi kertas buangan, cebisan plastik dan botol. - Gambar/ Reuters
SEOUL: Korea Utara melancarkan kira-kira 190 belon yang dipenuhi kertas dan sisa lain ke arah Korea Selatan dan kebanyakannya ditemui di Seoul dan kawasan sekitar, lapor Agensi Berita Yonhap memetik pegawai tentera pada Sabtu.
Korea Utara mengapungkan belon-belon itu dari malam Jumaat hingga awal pagi Sabtu, dan kira-kira 100 ditemui di ibu negara dan sekitar Wilayah Gyeonggi setakat ini, kata Ketua Turus Bersama.
Tiada bahan berbahaya ditemui dalam belon itu, yang hanya mengandungi kertas buangan, cebisan plastik dan botol.
Korea Utara menyambung semula kempen belonnya sejak Rabu, berlanjutan untuk hari keempat berturut-turut pada Sabtu.
Sebagai tindak balas kepada kempen sedemikian, tentera Selatan melancarkan siaran propaganda anti-Korea Utara setiap hari melalui pembesar suara di sempadan sejak 21 Julai.
Korea Utara menentang risalah anti-Pyongyang dan kempen pembesar suara kerana bimbang kemasukan maklumat dari luar boleh menimbulkan ancaman kepada rejim Kim Jong-un.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Selatan
#Korea Utara
#belon sampah
#provokasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan