awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Utara lancar peluru berpandu balistik ke Laut Jepun

Agensi
Agensi
03/08/2016
01:12 MYT
Korea Utara lancar peluru berpandu balistik ke Laut Jepun
Korea Utara telah melancarkan siri program peluru berpandu sebagai tindak balas terhadap sekatan PBB. - Gambar fail
Korea Utara pada Rabu melancarkan ujian peluru berpandu balistik ke arah Laut Jepun, kata Kementerian Pertahanan Korea Selatan, dan disifatkan sebagai tindak balas terhadap rancangan pelaksanaan sistem pertahanan peluru berpandu Amerika Syarikat (AS).
Peluru berpandu itu dilancarkan dari bandar Unyul pada jam 7.50 pagi waktu tempatan.
Portal berita AFP melaporkan, ujian tersebut adalah lanjutan daripada pelancaran tiga peluru berpandu balistik pada 19 Julai lalu yang dianggap sebagai simulasi serangan nuklear terhadap Korea Selatan.
Pyongyang telah melaksanakan siri ujian peluru berpandu sepanjang tahun ini sebagai tindak balas terhadap sekatan ketat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Resolusi PBB melarang Korea Utara daripada membangunkan teknologi peluru berpandu balistik. Pyongyang sebelum ini berulang kali memberi amaran serangan nuklear ke atas Korea Selatan dan AS.
Hubungan antara dua negara Korea itu antara lain menjadi lebih tegang berikutan keputusan Washington yang menyasarkan pemimpin Korea Utara Kim Jong-Un dengan mengenakan sekatan berkaitan pencabulan hak asasi manusia.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Korea Selatan
#Korea Utara
#peluru berpandu
#sekatan PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan