awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
11 MoU dimeterai perkukuh kedudukan negara sebagai rakan strategik India
Enam maut dalam insiden bangunan runtuh di utara Lubnan
Aktivis Nobel Iran, Narges Mohammadi dijatuhi hukuman penjara tambahan tujuh tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Utara lancar peluru berpandu jarak dekat ke lautan

AFP
AFP
21/03/2016
09:49 MYT
Korea Utara lancar peluru berpandu jarak dekat ke lautan
Kementerian Pertahanan Korea Selatan enggan mengesahkan apakah jenis peluru berpandu yang dilancarkan pada Isnin. - Gambar fail
Korea Utara pada Isnin dilaporkan melepaskan empat tembakan peluru berpandu jarak dekat ke kawasan perairan di timur negara itu, hanya beberapa hari selepas ia membuat ujian peluru berpandu jarak sederhana yang dilihat mencabul sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Seorang pegawai dari tentera Korea Selatan berkata tembakan dilakukan berhampiran bandar Hamhung sekitar 3.20 petang waktu tempatan dengan sasaran jatuh di Laut Jepun.
Dia bagaimanapun tidak memaklumkan peluru berpandu jenis apakah yang digunakan.
Ketegangan meruncing di Semenanjung Korea sejak Pyongyang melancarkan ujian nuklear pada 6 Januari lalu, disusuli beberapa lagi ujian roket dan peluru berpandu selepas itu.
Susulan itu, Majlis Keselamatan PBB awal bulan ini mengenakan lebih banyak sekatan terhadap Korea Utara.
Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Pyongyang telah mengeluarkan beberapa ancaman serangan nuklear terhadap Seoul dan Washington, situasi yang diburukkan lagi dengan berlangsungnya latihan bersama Korea Selatan dan Amerika Syarikat yang dilihat sebagai satu provokasi oleh Utara.
Jumaat lalu, Korea Utara melepaskan dua tembakan peluru berpandu jarak sederhana susulan arahan dari pemimpin tertinggi negara itu, Kim Jong-Un yang turut mengarahkan tentera negara itu bersiap-sedia untuk melancarkan senjata nuklearnya.
Majlis Keselamatan PBB mengecam tindakan itu dan menganggap ia tidak boleh diterima selain melanggarkan resolusi PBB sedia ada.
Topic Berkaitan
#Kim Jong-un
#Korea Selatan
#Korea Utara
#Majlis Keselamatan
#PBB
#peluru berpandu
#roket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan