SEOUL: Korea Utara merancang untuk melancarkan tambahan tiga satelit pengintip pada 2024, selepas kejayaan melancarkan satelit pertama negara itu bulan lepas.
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menetapkan matlamat itu semasa membuat penggulungan pada mesyuarat pleno Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja Korea yang berlangsung selama lima hari, lapor Agensi Berita Yonhap pada Ahad memetik Agensi Berita KCNA.
"Berdasarkan pengalaman melancarkan dengan jayanya dan mengendalikan satelit pengintip pertama pada tahun 2023 dalam sektor pembangunan angkasa, tugas melancarkan tiga lagi satelit pengintip pada tahun 2024 diumumkan dan semua langkah untuk memacu pembangunan teknologi sains angkasa telah dibincangkan," kata KCNA.
Pyongyang berjaya meletakkan satelit pengintip tentera, dinamakan Malligyong-1 di orbit pada 21 Nov selepas dua percubaan yang gagal pada Mei dan Ogos.
"Kami perlu bertindak balas secara pantas terhadap kemungkinan krisis nuklear dan menggerakkan semua langkah mungkin, termasuk kuasa nuklear dalam usaha mempercepatkan persiapan untuk peristiwa besar iaitu menempatkan seluruh wilayah Korea Selatan di bawah kawalan kami," kata Kim.
Beliau juga menekankan keperluan untuk mengukuhkan keupayaan ketenteraan Tentera Laut dan membangunkan peralatan bersenjata tanpa pemandu dan alat-alat untuk peperangan elektronik dalam usaha untuk melaksanakan projek pertahanan utamanya dengan lebih baik.
Kim juga berkata beliau tidak lagi akan menganggap Korea Selatan sebagai pihak untuk berdamai dan bersatu dengan, selain berkata Seoul telah mengisytiharkan Pyongyang sebagai musuh utama.
Beliau berkata Parti Pekerja juga telah membuat kesimpulan bahawa penyatuan dengan Korea Selatan adalah tidak mungkin.
Pemimpin Korea Utara itu berkata hubungan antara Korea Utara dan Korea Selatan telah menjadi hubungan "dua negara yang bermusuhan" atau "dua negara yang menunggu untuk bertempur."
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 31 2023
Kim Jong Un menetapkan matlamat itu semasa membuat penggulungan pada mesyuarat pleno Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja Korea. - Gambar fail/Reuters
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Nahas Helikopter: Wira negara, damailah anda di sana
Satu negara bersimpati, bersedih dengan perginya pejuang yang telah banyak berjasa buat Malaysia. Bingkisan ini, istimewa buat semua wira yang kini berada di negara abadi.
PRK KKB: Serangan peribadi tak jejas kempen calon PH
Serangan peribadi oleh pihak lawan tidak sesekali menjejaskan perjalanan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini.
Korea Selatan lancar satelit intip kedua ke orbit
Roket itu dilancarkan dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida, Amerika Syarikat pada 8.17 pagi waktu tempatan.
Korea Utara rancang lancar tiga lagi satelit pengintip tahun depan
Kim Jong Un menetapkan matlamat itu semasa membuat penggulungan pada mesyuarat pleno Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja Korea.
Korea Utara dakwa berjaya lancar satelit pengintip ke orbit
Korea Utara mendakwa berjaya menempatkan satelit pengintip pertamanya ke orbit pada Selasa selepas beberapa percubaan gagal, kata agensi angkasa lepasnya.
Pelancaran satelit pengintip Korea Utara gagal lagi
Percubaan kedua Pyongyang untuk melancarkan satelit pengintip tentera ke orbit telah gagal, lapor media negara itu pada Khamis.
Usaha Korea Utara tempatkan satelit pengintip di orbit membimbangkan
Korea Utara mempunyai keupayaan untuk melancarkan satelit pengintip tanpa menggunakan kenderaan pelancaran dari negara lain.