awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Utara selar kenyataan Ketua PBB mengenai penghapusan senjata nuklear

Bernama
Bernama
14/08/2022
06:18 MYT
Korea Utara selar kenyataan Ketua PBB mengenai penghapusan senjata nuklear
Korea Utara mengecam Ketua PBB yang dianggap beri sokongan penuh ke atas penghapusan senjata nuklear yang lengkap, ditentusahkan dan tidak boleh dipulihkan semula (CVID). - Gambar fail
SEOUL: Korea Utara pada Ahad menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres berhubung penghapusan senjata nuklear sebagai tidak adil, lapor Agensi Berita Yonhap.
Dalam satu kenyataan akhbar, Timbalan Menteri Luar bagi Pertubuhan Antarabangsa Kim Son Gyong, mengecam kenyataan ketua PBB itu yang dianggap memberi "sokongan penuh terhadap penghapusan senjata nuklear yang lengkap, ditentusahkan dan tidak boleh dipulihkan semula (CVID)".
Guterres dilaporkan mengeluarkan kenyataan itu semasa mengadakan lawatan ke Seoul minggu lalu. Sempena lawatan itu Guterres turut mengadakan pertemuan dengan Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol pada Jumaat.
"Saya amat kesal dengan kenyataan setiausaha agung PBB yang tidak adil serta bertentangan dengan tugasnya seperti termaktub dalam Piagam PBB, berkenaan isu Semenanjung Korea.
Beliau berkata CVID telah digembar-gemburkan oleh pihak tertentu dan satu pelanggaran terhadap kedaulatan Korea Utara kerana ia menuntut perlucutan senjata secara unilateral dan negara ini (Korea Utara) membantah sepenuhnya perkara itu tanpa sebarang toleransi.
Kim berkata program nuklear Korea Utara "sesuatu yang tidak dapat dielakkan" bagi mempertahankan keselamatan dan menggesa Guterres agar berhati-hati dalam membuat sebarang kenyataan tatkala situasi semakin genting di Semenanjung Korea.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Korea Utara
#Antonio Guterres
#penghapusan senjata nuklear
#ketua PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan