awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar ucap tahniah kepada PM Jepun, Sanae Takaichi menang pilihan raya
LaLiga: Facundo Garces kembali dalam kesebelasan utama Alaves tapi...
EPL: Manchester City bangkit penuh dramatik tumbangkan Liverpool di Anfield
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Utara tandatangan perjanjian kerjasama ketenteraan dengan Rusia

Bernama
Bernama
12/11/2024
11:06 MYT
Korea Utara tandatangan perjanjian kerjasama ketenteraan dengan Rusia
Perjanjian berkenaan meningkatkan tahap kerjasama ketenteraan antara kedua-dua negara dan menetapkan bahawa mereka akan memberikan bantuan sekiranya mana-mana negara diserang. - Gambar fail/ Reuters
SEOUL: Korea Utara menandatangani perjanjian dengan Rusia dengan mewujudkan "perkongsian strategik yang komprehensif", dpa memetik agensi berita Pyongyang, KCNA.
Dalam satu kenyataan, KCNA melaporkan bahawa Korea Utara menandatangani perjanjian itu pada Isnin, yang dimeterai pada 19 Jun di Pyongyang.
Perjanjian itu akan berkuat kuasa setelah kedua-dua pihak bertukar dokumen ratifikasi, menurut agensi itu.
Presiden Rusia Vladimir Putin menandatangani perjanjian itu pada Sabtu, lapor agensi berita Yonhap, yang memetik laporan agensi berita TASS Rusia.
Dewan Rendah Parlimen Rusia atau Duma meluluskan perjanjian itu pada 24 Okt.
Perjanjian berkenaan meningkatkan tahap kerjasama ketenteraan antara kedua-dua negara dan menetapkan bahawa mereka akan memberikan bantuan sekiranya mana-mana negara diserang.
Perjanjian itu ditandatangani oleh Putin dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un di Pyongyang pada Jun, tetapi kemudian perlu diluluskan oleh Duma dan ditandatangani oleh para pemimpin negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rusia
#Korea Utara
#Kim Jong Un
#Vladimir Putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan