AGENSI Berita Rasmi Korea Utara (KCNA) melaporkan bahawa Pyongyang berjaya melakukan ujian pelancaran peluru berpandu hipersonik dikenali sebagai Hwasong-8 yang kali ini dianggap senjata terbaharu yang berteknologi canggih dan didakwa mampu meningkatkan kemampuan pertahanan daripada ancaman musuhnya.
Tidak seperti peluru berpandu biasa, peluru hipersonik dilaporkan mempunyai kelajuan lima kali ganda dari bunyi atau lebih 6,100 kilometer sejam dan sukar dipintas mana-mana sistem peluru berpandu sedia ada.
Malah, peluru terbabit dikatakan mampu terbang pada kedudukan pertengahan dan sekali gus menyukarkan ia dikesan pihak musuh.
Jadi, ujian terbaharu ini memberi makna bahawa Korea Utara sentiasa menaik taraf senjata mereka setanding negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Rusia dan China.
Tambahan pula, ia berlaku di tengah-tengah kebuntuan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan lebih keras ke atas Pyongyang sehinggakan pemimpinnya Kim Jong-un seperti 'mengesyorkan' lebih banyak peluru berpandu berteknologi tinggi dihasilkan selepas ini.
Malah, Duta Besar Pyongyang ke PBB, Kim Song menegaskan, negara itu mempunyai hak yang tidak dapat disangkal untuk menguji senjatanya.
Song ketika berucap semasa Perhimpunan Agung PBB di New York menjelaskan, ‘tiada sesiapa yang boleh menafikan hak Korea Utara untuk mempertahankan diri’.
Peluru berpandu Hwasong-8 dilancarkan di Wilayah Jagang pada Selasa lalu tanpa dihadiri Kim dikatakan mampu membawa peledak nuklear. Namun, butiran terperinci mengenainya tidak didedahkan kepada umum.
Bahkan, pegawai tentera Korea Selatan menyifatkan senjata itu sebagai peluru berpandu generasi seterusnya untuk memusnahkan sasaran musuh dalam waktu singkat.
Walaupun begitu, dakwaan terbabit ditepis tentera AS dan menyatakan pelancaran peluru berkenaan tidak menimbulkan ancaman kepada AS atau sekutunya.
Pakar di Universiti Angkasa Lepas Korea Selatan, Chang Young-keun mendedahkan peluru berpandu hipersonik Korea Utara tidak sepantas seperti didakwa negara itu dan hanya memiliki kelajuan sekitar 2.5 Mach.
Jurucakap Kementerian Pertahanan Jepun mendedahkan kepada media tempatan bahawa pelancaran itu seperti ‘peluru berpandu balistik’ dan bukannya peluru berpandu hipersonik.
Bagi menenangkan keadaan tersebut, tentera AS dalam satu kenyataan menyatakan mereka menyedari pelancaran peluru berpandu itu, namun merasakan ia tidak menimbulkan ancaman kerana mereka mempunyai senjata lebih canggih berbanding Korea Utara.
Sebenarnya, selain AS dan China, Rusia mempunyai senjata sama yang dikenali sebagai Tsirkon (Zircon), senjata disebut Presiden Vladmir Putin sebagai peluru berpandu 'yang tidak dapat ditandingi' negara lain di dunia.
Selain itu, AS turut membangunkan program senjata hipersonik sejak beberapa tahun lalu, antaranya menerusi firma Lockheed Martin melibatkan kontrak kira-kira AS$1.4 bilion (RM5.86 bilion).
Selain itu, China turut mengaku berjaya membangunkan sistem persenjataan hipersoniknya dikenali sebagai DF-17 yang turut mencetuskan kebimbangan Washington walaupun keupayaan sebenarnya masih diragui.
Sama seperti Rusia dan China, Korea Utara berasakan mereka perlu untuk memiliki sistem pertahanan termaju bagi menangkis sekiranya berlaku serangan peluru berpandu dari AS.
Kesimpulannya, Korea Utara berasa tercabar dengan keupayaan terkini China, AS, Rusia dan Korea Selatan sehingga perlu menggandakan keupayaan pertahanan negara terbabit.
Ia meliputi kemampuan untuk menangkis serangan di angkasa lepas sekiranya peperangan berlaku pada masa akan datang termasuklah peluru berpandu hipersonik yang merupakan senjata termaju ketika ini.
Persoalannya, adakah Korea Utara sengaja menggembar-gemburkan keupayaan senjata canggihnya supaya negara lain mengagumi teknologi persenjataan mereka ataupun mereka sebenarnya 'tiada apa-apa'.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sun Oct 03 2021
Peluru terbabit dikatakan mampu terbang pada kedudukan pertengahan dan sekali gus menyukarkan ia dikesan pihak musuh. - Foto REUTERS
Lanno Valley diarah tutup bagi tujuan keselamatan - MDBG
Landskap kawasan dikelilingi aktiviti kuari yang aktif dalam radius kurang dari 600 meter itu memberi risiko keselamatan kepada pengunjung.
AWANI Ringkas: Bela nasib pekerja | Gaji penjawat awam bakal diperincikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM Anwar gesa segerakan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig
Beliau berkata adalah penting untuk memberi perhatian dan keprihatinan yang lebih kepada pekerja bagi sektor berkenaan.
Kesuma percepat penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig, laporan interim Jun ini
Steven Sim berkata kajian sedang dilakukan dengan kerjasama Universiti Malaya (UM) sebelum laporan interim dijangka dibentangkan kepada Kabinet menjelang 1 Jun ini.
Malaysia tutup kempen Piala Uber dengan kemenangan 4-1 ke atas Australia
Malaysia mendahului dalam perlawanan pembukaan menerusi pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei yang menewaskan Tiffany Ho, 21-6, 21-12.
Impak gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus
Ketua Ekonomi Buruh di Kementerian Sumber Manusia dan Emiratisasi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Dr Yusof Saari berkata kenaikan gaji penjawat awam bakal memberi impak positif kepada pemulihan ekonomi. #AWANInews
3 terbunuh serangan peluru berpandu Rusia
Serangan turut mengakibatkan kerosakan infrastruktur awam.
Rumah kosong di Jepun pecah rekod, 9 juta unit
Jumlah rumah kosong di Jepun meningkat kepada rekod baharu 9 juta setakat Oktober 2023, iaitu kenaikan sebanyak 510,000 daripada tinjauan sebelumnya yang dijalankan pada 2018.
Kenaikan gaji penjawat awam akan diperincikan semasa pembentangan Belanjawan 2025 - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata kenaikan gaji melebihi 13 peratus itu membuktikan komitmen kerajaan kepada penjawat awam.
Australia peruntukan AUD1 bilion banteras keganasan domestik, seksual
Perdana Menteri Australian umumkan peruntukan AUD1 bilion tangani jenayah kegasanan domestik dan seksual yang disifatkan sebagai krisis nasional negara itu.
Kini adalah masa untuk Korea Utara siap hadapi perang - Kim Jong-un
Keadaan geopolitik tidak stabil beri petanda untuk Korea Utara lebih bersedia menghadapi peperangan berbanding sebelum ini, kata Kim Jong-un.
FIFA batal perlawanan kelayakan Piala Dunia Korea Utara, Jepun
FIFA berkata bahawa perlawanan kelayakan Piala Dunia yang dijadualkan berlangsung di Pyongyang tidak akan diadakan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Utara berjaya bangunkan sistem kawalan pelancar roket baharu
Tindakan itu dikritik oleh Amerika Syarikat dan sekutunya sebagai ketegangan yang semakin meningkat di Semenanjung Korea.
Korea Utara tutup kedutaan di Hong Kong, Libya
Korea Utara menutup misi diplomatik di Hong Kong dan Libya, menurut seorang pegawai kementerian luar, lapor Agensi Berita Yonhap pada Selasa.
Korea Utara lancar lagi peluru berpandu jelajah
Korea Utara pada Ahad melancarkan beberapa peluru berpandu jelajah dari pantai timurnya, kata tentera Korea Selatan.
Rusia tolak dakwaan jalin kerjasama ketenteraan dengan Korea Utara
Moscow secara mutlaknya menolak tuduhan Washington dan sekutunya mengenai kerjasama teknikal ketenteraan haram Rusia dengan Korea Utara.
Korea Utara uji peluru berpandu krus strategik terbaharu
Pelancaran "Pulhwasal-3-31" sekali gus menandakan pelancaran peluru berpandu krus strategik terbaharu oleh Korea Utara sejak September tahun lalu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Remaja dihukum jadi buruh paksa 12 tahun kerana tonton K-drama
Pyongyang menghukum dua remaja lelaki menjadi buruh paksa selama 12 tahun, gara-gara menonton drama Korea yang lebih sinonim dengan singkatan K-drama.