awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UTM tutup tirai 2025 dengan rekod cemerlang akademik, penyelidikan dan inovasi
Kementerian Perpaduan gerak visi Membina Negara Bangsa 2026 - Aaron
Kenyataan Hamzah Zainudin letak jawatan Ketua Pembangkang adalah palsu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Korea Utara tutup kedutaan di Hong Kong, Libya

Bernama
Bernama
30/01/2024
14:55 MYT
Korea Utara tutup kedutaan di Hong Kong, Libya
Korea Utara berkata penutupan itu sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kecekapan diplomatiknya. - Gambar fail/Reuters
SEOUL: Korea Utara menutup misi diplomatik di Hong Kong dan Libya, menurut seorang pegawai kementerian luar, lapor Agensi Berita Yonhap pada Selasa.
Langkah itu seiring dengan tindakan Pyongyang dalam beberapa bulan lepas yang menutup kedutaannya di Angola, Nepal, Bangladesh, Sepanyol dan Uganda.
Korea Utara berkata penutupan itu sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan kecekapan diplomatiknya.
Menurut laman sesawang Kementerian Luar Korea Selatan, jumlah keseluruhan misi diplomatik Korea Utara setakat Selasa kekal sebanyak 44.
Pada November lepas, Korea Utara menyatakan bahawa mereka menutup dan membuka misi diplomatik baharu "selaras dengan perubahan persekitaran global dan dasar diplomatik negara," tanpa mengulas lanjut.
Kementerian Penyatuan Korea Selatan sebelum ini berpendapat penutupan beberapa kedutaan itu sebagai isyarat jelas keadaan ekonomi Korea Utara yang merudum akibat sekatan global.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Luar
#Korea Utara
#dasar diplomatik
#sekatan global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan