awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koridor Netzarim masih ditutup untuk penduduk Gaza

Astro Awani
Astro Awani
27/01/2025
00:00 MYT
Koridor Netzarim masih ditutup untuk penduduk Gaza
Seramai 650,000 orang yang kehilangan tempat tinggal sedang menunggu untuk kembali ke utara bermula Isnin di bawah perjanjian gencatan senjata. - Foto X/Howard Beckett
GAZA: Penduduk Gaza yang dipindahkan terpaksa bermalam berhampiran Wadi Gaza bagi menunggu pembukaan Koridor Netzarim sebelum kembali ke bahagian utara Semenanjung Gaza.
Bagaimanapun, keadaan sedemikian menyebabkan banyak keluarga terpaksa tidur dalam suhu sejuk beku sementara menunggu koridor berkenaan dibuka.
Pegawai Palestin berkata seramai 650,000 orang yang kehilangan tempat tinggal sedang menunggu untuk kembali ke utara bermula Isnin di bawah perjanjian gencatan senjata.
Netzarim ialah koridor yang dibersihkan Israel semasa perang yang menghalang pergerakan bebas Palestin antara utara dan selatan Gaza.
Di bawah perjanjian yang diusahakan dengan pengantara Mesir dan Qatar serta disokong oleh Amerika Syarikat (AS), Israel membenarkan penduduk Palestin yang dipindahkan dari utara pulang ke rumah mereka.
Tetapi Israel berkata bahawa kegagalan Hamas untuk menyerahkan senarai memperincikan senarai tebusan yang masih hidup untuk dibebaskan bermakna mereka telah melanggar perjanjian.
Susulan itu, pusat pemeriksaan di tengah Gaza tidak akan dibuka untuk membenarkan lintasan ke utara.
Bagaimanapun, Hamas menyalahkan Israel ke atas kelewatan itu.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Gaza
#Koridor Netzarim
#Penduduk
#Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan