awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemelut politik Perlis: ‘Presiden Pas disaran ambil alih Pengerusi PN 2.0’ - Afnan
Perolehan projek Tentera Darat: SPRM sita enam akaun bank, geledah beberapa syarikat
SPRM rakam keterangan bekas menteri disyaki terima rasuah RM5 juta, Lamborghini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Koronavirus: 1 maut di Filipina, kematian pertama di luar China

Agensi
Agensi
02/02/2020
03:26 MYT
Koronavirus: 1 maut di Filipina, kematian pertama di luar China
Lelaki itu yang berasal dari Wuhan dan mengembara ke Filipina, adalah individu pertama yang meninggal dunia di luar China akibat virus itu.
Seorang lelaki berusia 44 tahun meninggal dunia pada Sabtu akibat koronavirus di Filipina, menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
Lelaki yang berasal dari Wuhan dan mengembara ke Filipina itu adalah korban pertama di luar China akibat virus tersebut.
Jumlah kematian di China akibat koronavirus kini melebihi 300 dan jumlah mereka yang dijangkiti juga meningkat kepada lebih 9,000, ketika lebih banyak negara menyekat perjalanan ke dan dari China.
Filipina ketika ini menyekat kemasukan semua pelancong yang tiba dari China, Hong Kong dan Macau, kecuali warganegara dan penduduk tetap mereka.
China mencatatkan 45 lagi kematian akibat koronavirus, kata Suruhanjaya Kesihatan Negara pada Ahad, menjadikan jumlah kematian di negara itu kepada 304 orang.
Di seluruh negara itu, jumlah jangkitan setakat ini telah melebihi 14,300 kes.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak tersebut satu darurat kesihatan global, tetapi tidak mengesyorkan sebarang sekatan perdagangan atau perjalanan antarabangsa.
Setakat ini, virus tersebut telah dilaporkan di lebih 20 negara seluruh dunia.
Topic Berkaitan
#China
#Filipina
#kesihatan
#koronavirus
#meninggal dunia
#pelancong
#WHO
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan