TOKYO: Dianggarkan sebanyak ¥1.65 billion (RM53 juta) akan dibelanjakan oleh kerajaan Jepun untuk istiadat pengebumian negera bekas Perdana Menteri, Shinzo Abe.
Portal berita CNA melaporkan, anggaran terbaharu yang dikeluarkan hari ini oleh kerajaan itu turut merangkumi kos kawalan keselamatan dan jamuan.
Awal Ogos lalu, kerajaan Jepun meluluskan bajet sebanyak sebanyak ¥250 juta (RM8 juta) untuk kos istiadat pengebumian negara, namun, kelulusan itu mengundang kritikan dan dianggap tidak realistik.
Dalam masa sama, kerajaan negara itu mengeluarkan perincian perbelanjaan merangkumi kos keselamatan mencecah ¥800 juta (RM25 juta) sementara, jumlah pembiayaan untuk delegasi asing dianggarkan sebanyak ¥600 juta (RM19 juta), kata Ketua Setiausaha Kabinet, Hirokazu Matsuno.
"Jika kami diperlukan merumuskan anggaran kos, saya fikir jumlah berkenaan menghampiri apa yang disebut oleh anda," kata Hirokazu sebagai menjawab soalan media apakah kos pengebumian negara itu mencecah ¥1.7 billion (RM54 juta).
Meskipun mendiang memegang jawatan sebagai sebagai Perdana Menteri Jepun paling lama, istiadat ini mengundang kritikan daripada pembayar cukai berikutan pendedahan tentang kaitan mendiang dengan pemerintah lain dalam isu Gereja Penyatuan yang kontroversi.
Dianggarkan sekitar 6,000 tetamu termasuk pemimpin dari seluruh dunia dijangka hadir pada ucapara pengebumian negara itu.
Istiadat berkenaan dijangka diadakan di Dewan Budokan Nippon, Tokyo pada 27 September ini.
Tinjauan oleh akhbar Yomiuri yang dijalankan awal bulan ini menunjukkan 56 peratus responden tidak bersetuju dengan istiadat ini manakala 38 peratus menyokong.
Abe, 67, ditembak pada 8 Julai lalu di bandar Nara, Jepun semasa berucap dalam kempen pilihan raya.
Pembunuhnya, Tetsuya Yamagami, mendekati ahli politik itu dari belakang dan melepaskan dua das tembakan dari jarak kira-kira 10 meter (33 kaki). Abe yang dikejarkan ke hospital dalam keadaan kritikal, disahkan meninggal dunia di Hospital Universiti Perubatan.
Agensi
Tue Sep 06 2022
Dianggarkan sekitar 6,000 tetamu termasuk pemimpin dari seluruh dunia dijangka hadir pada ucapara pengebumian negara buat Shinzo Abe yang ditembak mati pada 8 Julai lalu. - Gambar/REUTERS.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Setahun berlalu, tiada prospek perbicaraan suspek bunuh Abe bermula
Masih tiada prospek untuk perbicaraan kes suspek yang dituduh membunuh bekas Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe akan bermula.
Suspek tembak Shinzo Abe mula didakwa
Hasil penilaian ke atas mental Yamagami menunjukkan dia layak untuk dibicarakan.
PM Jepun harap pelawat berbelanja besar untuk pulihkan ekonomi
Fumio Kishida menetapkan matlamat baharu untuk melihat pelancong asing datang berbelanja lebih 5 trilion yen (AS$35 bilion) setiap tahun.
Pemimpin dunia hadir upacara pengebumian Shinzo Abe
Upacara ini bakal menjadi acara terbesar awam sejak langkah keselamatan negara diperketatkan berikutan insiden tembakan Shinzo Abe.
Mengenang negarawan hebat Shinzo Abe dari kaca mata bekas diplomat
Pada 8 Julai 2022, matahari pertengahan musim panas terbit seperti biasa tetapi ditakdirkan panas tidak sampai ke petang.
Azmin Ali wakili PM ke upacara pengebumian mendiang Shinzo Abe di Tokyo
Upacara tersebut juga merangkumi antara lain, sesi pertemuan bersama Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida.
Lelaki bakar diri protes pengebumian negara Shinzo Abe
Lelaki tersebut telah dibawa ke hospital selepas melecur di seluruh badan untuk mendapat rawatan.
Kos pengebumian bekas PM Jepun, Shinzo Abe dianggar lebih RM53 juta
Perbelanjaan merangkumi kos keselamatan mencecah RM25 juta sementara, jumlah pembiayaan untuk delegasi asing pula sebanyak RM19 juta.
PM Jepun rombak Kabinet
Rombakan itu adalah yang kedua dalam tempoh hanya 10 bulan sejak Kishida memegang jawatan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.