Indonesia meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai contoh sebuah badan tunggal yang menangani kes rasuah, ujar Timbalan II Bidang Kajian dan Pengelolaan Program Keutamaan Pejabat Petugas Presiden, Yanuar Nugroho.
Menurutnya seperti yang dipetik media tempatan, Indonesia boleh mencontohi kaedah dan fungsi SPRM dan juga badan seumpamanya di Hong Kong yang berjaya mencapai Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang lebih tinggi daripada republik berkenaan.
Jelas Yanuar, di Malaysia dan Hong Kong hanya memiliki satu badan yang khusus menangani kes rasuah, sementara di Indonesia ia dikendalikan tiga pihak iaitu Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK), Polis Republik Indonesia (Polri) dan badan kehakiman.
“Idea yang paling asas adalah kes rasuah perlu ditangani oleh satu badan tunggal. Kita boleh merujuk pada contoh mudah iaitu Malaysia dan Hong Kong. Malaysia itu meraih 54 mata CPI,” ujarnya pada majlis Corruptions Perception Index 2015 di Jakarta, pada Rabu.
Yanuar yang mengajak penggubal dasar membincangkan cadangan itu berpendapat, dengan adanya lembaga tunggal antirasuah, maka pembahagian kuasa akan lebih jelas.
“Jika hanya ada satu pihak yang berkuasa menguruskan kes rasuah, polis boleh menangani hal jenayah lain manakala pihak kehakiman menguruskan hal perbicaraan.
“Jika kita serius mahu menangani rasuah, kita perlu berfikir mengenainya. Begitupun masih banyak yang perlu dibincang dengan pihak polis dan institusi kehakiman,” ujarnya.
Berdasarkan data CPI, Indonesia kini berada di kedudukan ke 88 dari 168 negara dengan 36 mata. Hongkong pula berada di kedudukan ke-18 dengan 75 mata sementara Malaysia berada di kedudukan ke-54 dengan 50 mata.
Agensi
Thu Jan 28 2016
Sekiranya KPK mempunyai kuasa tunggal dalam menangani rasuah, polis republik itu boleh menumpukan hal jenayah lain manakala badan kehakiman untuk urusan perbicaraan. - Gambar fail/AFP
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Syarikat Indonesia bina jambatan arboreal untuk primat Sumatera
Melalui jambatan arboreal itu, primat dapat bergerak bebas ke kawasan lain, mencari makanan dan membiak tanpa gangguan aktiviti manusia.
Persahabatan mengatasi pakatan dalam dasar luar Indonesia - Menteri Luar Indonesia
Sugiono menyifatkan strategi ini sebagai kunci dalam memupuk rasa hormat dan kerjasama bersama.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.
Pilkada 2024: Krisdayanti, Rano Karno antara artis berentap jawatan penting
Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada) 2024 turut diserikan dengan kehadiran ramai artis dan selebriti bertanding untuk jawatan penting.
Pilkada 2024: Semua daerah sudah siap sedia - KPU RI
Beberapa daerah seperti Lumajang, Surabaya, dan Sidoarjo telah melakukan persiapan sepenuhnya dari segi logistik dan Tempat Pemungutan Suara (TPS).
Pilkada 2024: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gunung Dukono di Indonesia meletus, amaran penerbangan dikeluarkan
Letusan berlaku pada 9.43 pagi waktu tempatan, memuntahkan awan mengandungi abu tebal berwarna putih hingga kelabu setinggi 4,600 meter ke udara.
13 terbunuh, 18 cedera akibat tanah runtuh, banjir kilat di wilayah Sumatera Utara
Di Deli Serdang, enam orang terbunuh dan sembilan lagi cedera selepas arus deras menghanyutkan empat rumah dan sebuah bangunan keagamaan.