MOSCOW: Kremlin masih membisu mengenai keberadaan timbalan ketua staf tentera Rusia Jeneral Sergei Surovikin, lapor agensi berita Jerman (dpa) pada Khamis.
Keberadaan Surovikin adalah urusan Kementerian Pertahanan, menurut jurucakap Kremlin Dmitry Peskov kepada agensi berita Rusia Interfax, berikutan laporan bahawa jeneral itu telah ditangkap.
Kremlin menolak laporan New York Times yang mendakwa Surovikin mengetahui tentang pemberontakan Wagner terlebih dahulu.
Peskov pada Rabu berkata laporan media Amerika Syarikat itu bahawa Surovikin dikatakan telah mengetahui lebih awal mengenai rancangan pemberontakan pengasas pasukan upahan Wagner Yevgeny Prigozhin, merupakan "spekulasi" semata-mata.
Ditanya sama ada Presiden Rusia Vladimir Putin masih mempercayai Surovikin, Peskov berkata ketua Kremlin, sebagai ketua komander, bekerjasama dengan Menteri Pertahanan Sergei Shoigu dan Panglima Tertinggi Valery Gerasimov.
Memetik pemberi maklumat, beberapa media Rusia melaporkan pada Rabu bahawa Surovikin telah ditangkap, namun tiada pengesahan mengenainya setakat ini.
Surovikin dianggap sebagai sekutu Prigozhin, tetapi memihak kepada Moscow pada malam Sabtu. Dalam mesej videonya, Surovikin menyeru Prigozhin supaya menghentikannya perjuangannya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 30 2023
Beberapa media Rusia melaporkan pada Rabu bahawa Surovikin telah ditangkap, namun tiada pengesahan mengenainya setakat ini. -Gambar Reuters
Gelombang kedua banjir: JPBM kerah lebih 24,000 anggota, pegawai
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming berkata pasukan penyelamat sudah pun berada di lapangan bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
AWANI Borneo [11/12/2024] - Sindiket kereta klon | Pengagihan gas | Kecekalan ibu
AWANI Borneo Rabu, 11 Disember 2024 bersama Syaff Shukri.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Sindiket kereta klon, jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah dari Brunei.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif.
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
Bashar al-Assad umum letak jawatan dan tinggalkan Syria - Rusia
Bashar al-Assad, pemimpin rejim Baath Syria yang digulingkan memutuskan untuk meletak jawatan dan meninggalkan negara itu.
Rusia tutup konsulat Poland di St Petersburg
Tiga diplomat dari Konsulat Poland turut diisytiharkan sebagai 'persona non grata' dan diminta meninggalkan Rusia.
Serangan Rusia di Ukraine ragut 9 nyawa, 20 cedera
Rakaman di lokasi turut menunjukkan api marak dari bangunan yang musnah bersama beberapa kereta yang terbakar dengan mayat di dalamnya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Rusia tangguhkan World Friendship Games
Rusia menangguhkan penganjuran World Friendship Games, saingan kepada Olimpik, tanpa menetapkan tempoh baharu, lapor Agensi Berita Jerman dpa.
Zelensky kemuka syarat baharu gencatan senjata, Moscow berdiam diri
Zelensky menyuarakan kesediaannya untuk menamatkan fasa "panas" konflik dengan Rusia sekiranya keanggotaan Ukraine dalam NATO dipercepat.
Rusia serang infrastruktur tenaga Ukraine, jutaan terjejas
Serangan tersebut adalah tindak balas terhadap penggunaan peluru berpandu jarak sederhana (ATACMS) oleh Ukraine, yang dibekalkan AS.
Sekatan terhadap Rusia: Syarikat tempatan dinasihat berhati-hati - Mohamad Hasan
Kerajaan memberi peringatan kepada syarikat pengeluar tempatan supaya mengelakkan terkesan dengan sekatan dikenakan oleh AS ke atas Rusia.
Rusia-ASEAN: Hubungan dua hala diperkukuh, Malaysia sasar transformasi digital lebih mapan - TEEAM
Malaysia terus memperkukuh hubungan dua hala dengan negara-negara luar dalam usaha mencapai matlamat transformasi digital negara, selaras dengan pelancaran dasar penting.