awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ugut KP Kelantan: Dipercayai ada kaitan lebih 100 kes along dibuka semula
Bersatu terima hasrat Muhyiddin berundur, Pas sedia pimpin PN hadapi PRU16
Piala EFL: Manchester City cari tonik baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kren jatuh: Pegawai Saudi Binladin dilarang tinggalkan Arab Saudi

Astro Awani
Astro Awani
16/09/2015
03:25 MYT
Kren jatuh: Pegawai Saudi Binladin dilarang tinggalkan Arab Saudi
Syarikat itu yang bertanggungjawab melakukan kerja-kerja pembesaran Masjidil Haram turut digantung daripada menerima sebarang projek Kerajaan Arab Saudi sehingga selesai siasatan.
Pihak berkuasa Arab Saudi mengeluarkan larangan kepada beberapa pegawai tertinggi kumpulan syarikat Saudi Binladin dari meninggalkan negara itu.
Syarikat itu yang bertanggungjawab melakukan kerja-kerja pembesaran Masjidil Haram turut digantung daripada menerima sebarang projek Kerajaan Arab Saudi sehingga selesai siasatan.
Arahan itu terpakai kepada semua ahli lembaga pengarah termasuk mereka yang terlibat dalam projek berkenaan sementara menunggu laporan lengkap insiden itu selesai.
Memetik laporan Arab News, perintah itu dikeluarkan Mahkamah Diraja Arab Saudi.
Ia selepas Raja Arab Saudi meneliti laporan pasukan khas yang menyiasat insiden itu yang menyatakan bahawa terdapat pengabaian aspek keselamatan namun menolak ia mempunyai motif jenayah.
Laporan tersebut turut menyatakan angin kuat sebagai punca utama tragedi.
Manakala kren tersebut diletakkn pada kedudukan yang salah.
Kejadian pada Jumaat lalu itu mengakibatkan 111 terkorban manakala 331 yang lain cedera.
Antara yang disahkan terkorban, termasuk lima rakyat Malaysia, manakala dua lagi masih hilang.
Syarikat berusia 84 tahun ini adalah antara kontraktor utama dalam projek penaiktarafan Masjidil Haram bernilai lebih 21 billion Dollar bagi meningkatkan kapasiti jemaah haji.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#kren
#larangan
#Masjidil Haram
#Saudi Bin Ladin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan