awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serah pada pihak berkuasa siasat isu Agrobank - Mohamad Sabu
Enam murid di Kota Tinggi disahkan hidap tibi
Bekas kapten Terengganu Zulharisam Awang meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis Afghanistan: Komander Tentera AS telah berhubung dengan pemimpin Taliban

Astro Awani
Astro Awani
17/08/2021
15:35 MYT
Krisis Afghanistan: Komander Tentera AS telah berhubung dengan pemimpin Taliban
Kirby berkata, pasukan tentera yang berada di lapangan terbang berkenaan ditugaskan untuk memastikan keselamatan kawasan terbabit dan memastikan operasi penerbangan lancar. - Gambar/ Reuters
AMERIKA Syarikat (AS) mengesahkan komander tentera mereka telah berkomunikasi dengan pemimpin Taliban di Lapangan Terbang Antarabangsa Kabul di Afghanistan.
Jurucakap Pentagon, John Kirby, mengesahkan perkara itu pada sidang akhbar di AS hari ini, namun enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai butirannya, lapor CNN.
Kirby berkata, beberapa komander Tentera AS yang terbabit dalam operasi di lapangan terbang terbabit dapat berhubung dengan pemimpin Taliban.
"Komander AS berinteraksi dengan Taliban beberapa kali sehari," katanya yang enggan mendedahkan bagaimana komunikasi itu berlangsung.
BACA: Korban huru-hara di lapangan terbang Kabul meningkat kepada 10 orang
BACA: Biden pertahan keputusan undur tentera dari Afghanistan
Beliau berkata, biarlah keadaan semasa menunjukkan hasil perbincangan itu sambil merujuk kepada keadaan yang agak stabil di lapangan terbang berkenaan, yang menyaksikan penerbangan tentera dibenarkan keluar dan masuk sejak Selasa.
Kirby berkata, pasukan tentera yang berada di lapangan terbang berkenaan ditugaskan untuk memastikan keselamatan kawasan terbabit dan memastikan operasi penerbangan lancar.
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#Taliban
#tentera AS
#Amerika Syarikat
#komunikasi
#lapangan terbang antarabangsa kabul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan