awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apa yang diketahui setakat ini mengenai nahas kereta api terburuk Sepanyol dalam lebih sedekad
[TERKINI] Badan Kehakiman tubuh Mahkamah Tinggi Khas, percepat penyelesaian kes rasuah
Tiga feri penumpang musnah terbakar di limbungan Bukit Malut, Langkawi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis keluarga Beckham: "Saya enggan berdamai dengan keluarga" - Brooklyn Peltz

Agensi
Agensi
19/01/2026
23:30 MYT
Krisis keluarga Beckham: "Saya enggan berdamai dengan keluarga" - Brooklyn Peltz
David Beckham dan Victoria (kiri) didakwa “berusaha tanpa henti untuk merosakkan” hubungan Brooklyn Peltz dan isterinya, Nicola Peltz Beckham seperti didedahkan anak sulung mereka dalam Instagram pada Isnin.
BROOKLYN Peltz Beckham menegaskan, beliau tidak mahu berdamai dengan keluarganya, dalam kenyataan terbaharu yang menyentuh hubungan dingin dengan ibu bapanya, Sir David Beckham dan Lady Victoria Beckham.
Anak sulung pasangan selebriti itu mendakwa, ibu bapanya “berusaha tanpa henti untuk merosakkan” hubungannya dengan isteri, Nicola Peltz Beckham - termasuk sebelum dan selepas majlis perkahwinan mereka pada 2022.
“Isteri saya sering tidak dihormati oleh keluarga saya, walaupun kami berusaha untuk bersatu,” tulisnya dallam hantaran di Instagram pada Isnin.
Khabar angin mengenai perselisihan dalam keluarga itu berlegar sejak beberapa bulan lalu.
BBC turut menghubungi wakil David dan Victoria untuk mendapatkan maklum balas, namun pasangan itu tidak pernah mengakui wujudnya konflik berkenaan.
Brooklyn, 26, berkata beliau memilih untuk berdiam diri selama bertahun‑tahun, namun terpaksa bersuara apabila dakwaan yang disiarkan media “tidak lagi terkawal.”
“Ibu bapa saya dan pasukan mereka terus membocorkan cerita kepada media, menyebabkan saya tiada pilihan selain mempertahankan diri,” katanya kepada 16 juta pengikutnya.
Gaun perkahwinan Nicola ‘dibatalkan saat akhir’
Brooklyn turut mendakwa ibunya, Victoria, seorang pereka fesyen, membatalkan pembuatan gaun perkahwinan Nicola pada saat akhir, menyebabkan isterinya terpaksa mencari gaun baharu secara tergesa‑gesa.
Ketika itu, laporan media menyebut Nicola menolak untuk memakai rekaan ibu mentuanya, tetapi pelakon itu kemudian menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa gaun itu tidak dapat disiapkan mengikut masa.
Tuduh Victoria ‘rampas’ tarian pertama
Brooklyn turut mendakwa ibunya “merampas” tarian pertama pasangan itu pada majlis perkahwinan mereka.
“Mengikut jadual, ia sepatutnya tarian romantik saya bersama isteri. Tetapi Marc Anthony memanggil saya ke pentas dan ibu saya sudah menunggu untuk menari dengan saya,” katanya.
“Cara beliau menari sangat tidak sesuai dan saya tidak pernah berasa lebih malu dalam hidup.”
Beliau turut menuduh ibu bapanya cuba memaksanya menandatangani perjanjian menyerahkan hak terhadap namanya beberapa minggu sebelum majlis perkahwinan.
Menurutnya, keputusan untuk tidak menandatangani dokumen itu “menjejaskan pendapatan” dan sejak itu, ibu bapanya melayannya secara berbeza.
“Nilai utama keluarga saya ialah promosi dan penjenamaan. ‘Jenama Beckham’ sentiasa nombor satu,” dakwanya lagi.
Tidak dijemput ke ulang tahun kelahiran David Beckham
Brooklyn turut mendedahkan, beliau dan isterinya berkunjung ke London untuk menyambut ulang tahun bapanya, namun mendakwa dibiarkan menunggu di hotel selama seminggu.
Pasangan itu juga tidak hadir ke majlis sambutan ulang tahun ke‑50 David Beckham pada Mei, sekali lagi mencetuskan spekulasi hubungan dingin.
Brooklyn mendakwa, bapanya akhirnya bersetuju untuk bertemu, tetapi hanya jika Nicola tidak hadir, sesuatu yang dianggapnya “satu penghinaan.”
Beliau turut mendakwa usaha seterusnya untuk bertemu di Los Angeles juga ditolak.
Menurut Brooklyn, adik-adiknya pula “dihantar untuk menyerang” beliau di media sosial, sebelum akhirnya menyekatnya tanpa penjelasan.
Cruz Beckham, 20, sebelum ini menafikan laporan bahawa ibu bapanya berhenti mengikuti Brooklyn di Instagram dan menegaskan mereka tidak akan melakukan perkara sedemikian.
David dan Victoria mempunyai tiga orang lagi anak iaitu Romeo, 23, Cruz, 20, dan Harper Seven, 14. - Agensi
Topic Berkaitan
#Krisis keluarga Beckham
#Brooklyn Peltz
#David Beckham
#Victoria Beckham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan