BRUSSELS: Pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) negara pada Khamis mengecam operasi ketenteraan khas Rusia ke atas Ukraine dan sepakat bahawa Presiden Rusia Vladimir Putin perlu bertanggungjawab atas perbuatan itu, lapor Jiji Press.
"Untuk tujuan itu, kami akan terus jalin kerjasama dengan sekutu dan rakan kongsi kami di seluruh dunia," menurut kenyataan pemimpin G7 pada mesyuarat tergempar di Brussels.
Mereka juga menyokong pengumpulan bukti jenayah perang.
G7 mendesak Rusia mengundurkan pasukan tentera dan peralatannya dari seluruh wilayah Ukraine.
Mereka turut menggesa "semua negara tidak menawarkan sokongan ketenteraan atau bantuan lain kepada Rusia dalam operasinya di Ukraine" susulan kebimbangan China dikatakan mungkin menawarkan bantuan ketenteraan atau membantu Moscow memintas sekatan.
Semua pemimpin G7, termasuk Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menyertai sidang kemuncak itu, yang turut disertai Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy secara maya.
"Kami akan terus berdiri bersama masyarakat antarabangsa, dalam mengutuk operasi ketenteraan Rusia yang mengakibatkan penderitaan serta kematian," menurut pemimpin G7.
Selain berikrar melaksanakan sekatan sepenuhnya ke atas Rusia seperti sedia ada, negara-negara G7 turut bersedia untuk mengenakan langkah tambahan yang diperlukan.
Pemimpin G7 juga memberi amaran terhadap sebarang ancaman penggunaan senjata kimia, biologi dan nuklear atau elemen berkaitan, sambil menggesa Rusia mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh membahayakan tapak nuklear.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 25 2022
G7 sepakat bahawa Presiden Rusia Vladimir Putin perlu bertanggungjawab atas perbuatan itu. - Gambar fail
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
G7 usaha sepakati isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Menteri G7 beri amaran terhadap kesan AI ke atas sektor budaya
Selain peluang yang ditawarkan, risiko besar yang dibawa oleh Kecerdasan Buatan (AI) terhadap sektor budaya diketengahkan dalam mesyuarat kebudayaan Kumpulan Tujuh (G7).
G7 seru gencatan senjata global semasa Sukan Olimpik Paris
Meloni berkata idea gencatan senjata Olimpik baharu telah dikemukakan oleh Perancis dalam perbincangan G7.
Sidang G7: PM Itali Meloni, Presiden Perancis Macron bertelagah
Ketegangan memuncak antara Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni, dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, semasa sidang kemuncak G7 di Itali.
Sidang Kemuncak G7 berakhir, perbincangan tertumpu kepada perang Rusia-Ukraine
Volodymyr Zelenskyy juga berhasrat untuk mengadakan pertemuan dua hala berasingan dengan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden.
Presiden Ukraine sahkan Bakhmut tewas di tangan Rusia
-Anda perlu faham bahawa tiada apa di sana. Pada hari ini, Bakhmut hanya ada di hati kami."
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 18 April 2023.
Menteri Luar G7 gesa China henti curi hak harta intelektual untuk keuntungan komersial
Menteri luar dari Kumpulan Tujuh itu menggesa China supaya bertindak sebagai anggota masyarakat antarabangsa yang bertanggungjawab.