MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin mendakwa sekatan dikenakan oleh blok barat ke atas negaranya gagal.

Putin sebaliknya mendakwa, sekatan itu kini memberi kesan kepada negara yang melaksanakannya.

Tegas putin, negara yang mengenakan sekatan kini membayar harga yang mahal atas tindakan mereka.

Beliau mendakwa kini blok barat sendiri berdepan inflasi dan peningkatan kadar pengangguran.

"Kami boleh nyatakan dengan yakin polisi sekatan yang dilaksanakan ke atas Rusia telah gagal.

"Strategi ekonomi tidak berkesan malah, negara yang mengenakan sekatan sendiri tidak dapat lari daripada sekatan. Saya merujuk kepada inflasi dan pertumbuhan kadar pengangguran.

"Dinamik ekonomi semakin memburuk di Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah," katanya.

Beliau juga beri jaminan kerajaan akan terus menyokong rakyat yang berdepan kesukaran termasuk gelombang inflasi.