awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar kematian kes denggi di Melaka meningkat, lepasi had ditetap KKM
Malaysia, India tegaskan kerjasama BRICS dan sokongan bersama
Kapal tangki bawa diesel tanpa dokumen sah ditahan di Selat Melaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

China, Rusia setuju kekalkan pertukaran pastikan hubungan berkembang lancar

Bernama
Bernama
10/04/2024
09:30 MYT
China, Rusia setuju kekalkan pertukaran pastikan hubungan berkembang lancar
Xi Jinping bertemu Sergey Lavrov di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada petang Selasa. - Gambar/ Reuters
BEIJING: Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden China Xi Jinping bersepakat untuk terus mengekalkan pertukaran erat bagi memastikan hubungan bilateral berkembang dengan lancar dan stabil.
Demikian dinyatakan Presiden Xi ketika ditemui Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada petang Selasa.
"Tahun ini ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik China-Rusia. Kedua-dua negara ini dengan usaha sama telah meneroka satu laluan yang serba baharu tentang hidup bersama antara negara kuasa besar dan negara jiran dalam suasana yang harmoni dan kerjasama demi manfaat rakyat dan juga menyumbang kepada kesaksamaan dan keadilan antarabangsa dengan kebijaksanaan dan tenaga yang tersendiri.
"Kedua-dua pihak akan mengambil peluang ketika meraikan ulang tahun ke-75 hubungan diplomatik dan Tahun Kebudayaan China-Rusia untuk melaksanakan sepenuhnya konsensus penting yang dicapai oleh Presiden Putin dan saya," kata Xi yang turut meminta Lavrov menyampaikan salam ikhlas kepada Presiden Putin.
Xi menekankan bahawa China menyokong rakyat Rusia melakukan pembangunan mengikuti jalan yang bersesuaian dengan ekosistem negaranya, menyokong usaha Rusia memerangi keganasan dan memelihara keselamatan dan kestabilan sosial.
Beliau berkata China amat mementingkan hubungan dengan Rusia, bersedia mengeratkan komunikasi dua hala yang erat dengan Rusia di samping meningkatkan koordinasi strategik dalam kerangka BRICS dan Pertubuhan Kerjasama Shanghai.
Beliau menambah bahawa kedua-dua negara dikehendaki memikul lebih banyak tanggungjawab, menyemarakkan semangat saksama, terbuka, telus dan inklusif untuk bersolidariti dengan negara-negara di Selatan Global, menggalakkan pembaharuan terhadap sistem tadbir urus global, dan tampil menerajui pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.
Sementara itu Lavrov berkata usaha memperkukuh dan meningkatkan hubungan dengan China secara menyeluruh sudah dijadikan satu keutamaan dalam dasar luar Rusia.
Menurut beliau, dengan terpilihnya Putin sebagai Presiden Rusia sekali lagi kondusif bagi menjamin kesinambungan diplomasi negaranya melibatkan China.
Beliau menambah bahawa Rusia berikrar untuk bertindak pantas melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara, merancakkan koordinasi dua hala dan pelbagai hala serta bersolidariti dengan negara-negara lain di Selatan Global untuk meningkatkan ikatan kerjasama supaya dapat menyumbang kepada orde antarabangsa yang lebih saksama dan adil.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rusia
#China
#Hubungan dua hala
#Vladimir Putin
#Xi Jinping
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan