ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 Mac 2024.


1. Ketua Pembangkang Singapura Pritam Singh didakwa 2 tuduhan berbohong kepada Parlimen

Ketua Pembangkang Pritam Singh didakwa di mahkamah pada Selasa atas dua pertuduhan berbohong kepada jawatankuasa Parlimen, dua tahun selepas polis membuka siasatan berhubung keterangannya di hadapan Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen, lapor Straits Times (ST).



2. Kritikan lantang PM Anwar kepada pemimpin barat tepat pada masanya

Kritikan lantang Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap negara-negara Barat kerana tidak bertindak terhadap kekejaman Israel di Gaza semasa lawatan rasmi beliau ke Jerman baru-baru ini menjadi peringatan bukan sahaja di Eropah tetapi juga di Atlantik Utara, termasuk Amerika Syarikat.


3. Israel minta ICJ tidak keluar perintah baharu isu kebuluran di Gaza

Israel meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) supaya tidak mengeluarkan perintah kecemasan untuk meningkatkan bantuan kemanusiaan ke Gaza bagi menangani kebuluran sekaligus menolak permintaan Afrika Selatan untuk berbuat demikian.


4. AS terima laporan penahanan wartawan Al Jazeera

Amerika Syarikat mengesahkan menerima laporan berkaitan penahanan wartawan Al Jazeera oleh tentera Israel.


5. Kebuluran di Gaza dijangka tidak dapat dielakkan - WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata analisis terkini daripada Integrated Food Security Phase Classification (IPC) mencerminkan keadaan yang meruncing dihadapi penduduk Gaza.


6. Pencerobohan Rafah patahkan bantuan ke Gaza - PBB

Penyelaras kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa serangan Israel ke atas Rafah akan menyebabkan pengagihan bantuan ke Gaza musnah.


7. Presiden China dahului mesej ucapan tahniah terhadap pemilihan semula Presiden Putin

Presiden China Xi Jinping mendahului senarai pemimpin dunia yang mengucapkan tahniah kepada penyandang Presiden Rusia Vladimir Putin yang dipilih semula sebagai Ketua Negara itu pada Isnin, lapor Sputnik.


8. 75 rumah musnah akibat tanah runtuh di Peru

Tanah runtuh di Alca, selatan Peru menyebabkan sekurang-kurangnya 75 buah rumah musnah selain menyebabkan kerosakan pada jalan raya, sekolah dan hospital pada Sabtu.


9. Kelibat Kate Middleton dilihat dalam video terbaharu

Princess of Wales, Kate Middleton, dilihat dalam sebuah video baharu bersama Putera William ketika pasangan itu membeli-belah di sebuah kedai di Windsor, hujung minggu lalu.


10. Indonesia cipta rekod buka puasa terpanjang di tepi pantai

Indonesia memahat satu lagi rekod baharu apabila berjaya menganjurkan majlis berbuka puasa terpanjang di negara berkenaan minggu lalu.