awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis Rusia-Ukraine: Hollywood tangguh pelancaran tayangan filem di Rusia

Agensi
Agensi
01/03/2022
07:36 MYT
Krisis Rusia-Ukraine: Hollywood tangguh pelancaran tayangan filem di Rusia
Beberapa filem besar menangguhkan tayangan di Rusia termasuk The Batman terbitan Warner Bros, dan Turning Red dari Walt Disney. - Reuters
WARNER Bros menanguhkan pelancaran tayangan perdana filem The Batman di Rusia, sehari sebelum ia dijadualkan dibuka di panggung negara itu.
Al-Jazeera melaporkan, langkah itu adalah sebahagian daripada langkah Hollywood untuk menggantung perancangan edaran di negara berkenaan susulan serangan Moscow ke atas Ukraine.
Warner Bros, Walt Disney Co, dan Sony Pictures pada Isnin berkata, mereka akan menangguhkan sementara pelancaran filem mereka di Rusia, ketika setiap studio berkenaan memiliki filem yang siap sedia untuk ditayangkan di seluruh dunia pada minggu-minggu mendatang.
The Batman, salah satu filem yang ditunggu-tunggu, dilancarkan pada Jumaat di Amerika Utara dan di kebanyakan negara asing lain, termasuk Rusia.
“Berhubung krisis kemanusiaan di Ukraine, WarnerMedia menangguhkan pelancaran filem The Batman di Rusia. Kami akan terus memantau perkembangan situasi dan berharap bakal ada penyelesaian aman bagi tragedi ini,” kata jurucakap studio penerbitan.
Tindakan Warner Bros itu menyusul selepas Walt Disney Co membuat keputusan seumpamanya pada Isnin, dengan menagguhkan tayangan filem Pixar, Turning Red, yang dijadual bermula pada 10 Mac di Rusia.
“Kami akan jadikan keputusan perniagaan akan datang berdasarkan perkembangan situasi. Sementara itu, dengan skala krisis pelarian, kami akan bekerjasama dengan rakan NGO untuk menyalurkan bantuan kecemasan dan kemanusiaan lain kepada pelarian,” ujar jurucakap Disney.
Pada Isnin, Hollywood merombak semula perancangan yang dibuat di Rusia, ketika tekanan global untuk memutuskan hubungan bisnes dengan negara itu meningkat berikutan perang dengan Ukraine.
Sekatan ekonomi Barat telah membuatkan Ruble Rusia menjunam pada Isnin susulan beberapa negara menyekat bank-bank Rusia.
Pada Sabtu, Akademi Filem Ukraine mendesak pemboikotan antarabangsa ke atas industri filem Rusia.
“Bagi pihak syarikat-syatikat anggota kami, yang merintis industri filem, televisyen dan penstriman, kami menzahirkan sokongan teguh kami kepada komuniti kreatif Ukraine, yang seperti orang lain, berhak untuk hidup dan berkarya dengan aman," ujar kenyataan Motion Picture Association (MPA) pada Isnin.
Topic Berkaitan
#Rusia
#Ukraine
#filem Hollywood
#pelancaran filem
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan