awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis Rusia-Ukraine: Putin sedia hantar delegasi ke Minsk untuk rundingan

Reuters
Reuters
25/02/2022
15:32 MYT
Krisis Rusia-Ukraine: Putin sedia hantar delegasi ke Minsk untuk rundingan
Putin bersedia untuk menghantar delegasi peringkat tertinggi 'untuk rundingan dengan delegasi Ukraine'. - Gambar/ Reuters
MOSCOW: Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata Presiden Rusia, Vladimir Putin bersedia menghantar delegasi peringkat tertinggi 'untuk rundingan dengan delegasi Ukraine' di Minsk, ibu kota Belarus yang sebelum ini menjadi tuan rumah rundingan damai berhubung krisis Ukraine.
Peskov berkata sekutu Putin, Presiden Belarus, Alexander Lukashenko, memberitahu beliau akan "menggariskan syarat" untuk rundingan berkenaan.
Rusia mempunyai ribuan tentera yang ditempatkan di Belarus, dan Ukraine berkata negara itu sedang diserang oleh beberapa pihak, termasuk dari Belarus.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky telah berulang kali meminta rundingan dengan pemimpin Rusia itu semasa desakan diplomatik selama berminggu-minggu di mana negara-negara Barat cuba menghalang Putin daripada melancarkan serangan.
SEMUA MENGENAI KRISIS RUSIA-UKRAINE DI SINI
Beberapa jam sebelum Putin mengumumkan menghantar tentera ke Ukraine, Zelensky berkata beliau cuba menghubungi Ketua Kremlin itu tetapi tiada respons.
Ketika tentera Rusia menghampiri Kiev pada Jumaat, Zelensky mengeluarkan kenyataan baharu menggesa rundingan.
"Saya ingin berucap kepada Presiden Persekutuan Rusia sekali lagi. Pertempuran sedang berlaku di seluruh Ukraine. Mari kita duduk di meja rundingan untuk mengelakkan lebih ramai terkorban," katanya.
Putin mengumumkan permulaan operasi ketenteraan terhadap Ukraine pada Khamis.
Kuasa-kuasa Barat telah mengenakan sekatan antarabangsa bertubi-tubi ke atas Moscow sebagai tindak balas, tetapi Ukraine berkata masih banyak perlu dilakukan bagi membantu mereka.
Topic Berkaitan
#Vladimir Putin
#Ukraine
#Rusia
#rundingan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan