awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis Rusia-Ukraine: UK tawar tempat perlindungan kepada pelarian

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
16/03/2022
00:17 MYT
Krisis Rusia-Ukraine: UK tawar tempat perlindungan kepada pelarian
Perdana Menteri Boris Johnson berkata, inisiatif 'Homes For Ukraine' adalah usaha hebat penduduk UK untuk menyatakan sokongan kepada negara itu. - Gambar hiasan/REUTERS
KERAJAAN United Kingdom melancarkan laman sesawang 'Homes For Ukraine' dengan menawarkan perlindungan kepada pelarian Ukraine.
Menurut Setiausaha Perumahan dan Komuniti Michael Gove, lebih 100,000 penduduk UK mendaftar pada hari pertama ia dilancarkan pada Isnin.
Beliau berkatan, tiada had ditetapkan ke atas bilangan rakyat Ukraine yang boleh memasuki UK di bawah skim penajaan visa tersebut.
Setiap isi rumah yang menempatkan pelarian akan ditawarkan 350 pound sebulan, tanpa cukai.
Mereka juga tidak diwajibkan menyediakan makanan dan perbelanjaan sara hidup namun boleh berbuat demikian.
Perdana Menteri Boris Johnson memaklumkan, ini merupakan usaha yang hebat dari penduduk UK untuk menyatakan sokongan kepada negara itu.
Individu yang ingin menawarkan secara percuma sebahagian ruang di rumah mereka atau di kediaman berasingan, sekurang-kurangnya untuk enam bulan, boleh mendaftar di laman sesawang berkenaan.
Pelarian Ukraine tanpa keluarga atau hubungan dengan warga UK boleh menerima manfaat daripada skim itu, selain mereka yang mempunyai hubungan sedia ada.
Skim ini turut akan diperluaskan kepada badan amal, komuniti, gereja yang boleh menawarkan tempat perlindungan yang sesuai.
Topic Berkaitan
#United Kingdom
#Homes for Ukraine
#perlindungan
#pelarian Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan