awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kejayaan usahawan perintis tanaman bawang bukti keberkesanan kerjasama MARDI, petani
Bali akan periksa baki akaun simpanan pelancong asing dalam usaha promosi pelancongan berkualiti
AKPS Rantau Panjang rekod lebih 1.78 juta pergerakan keluar masuk sepanjang 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis tebusan sebuah kafe di Sydney berakhir dengan tiga terbunuh

Agensi
Agensi
15/12/2014
23:20 MYT
Krisis tebusan sebuah kafe di Sydney berakhir dengan tiga terbunuh
Mereka yang diselamatkan katanya mengalami trauma dan sebahagian lagi sedang mendapatkan rawatan akibat kecederaan.
Polis Sydney mengesahkan tiga terbunuh termasuk seorang lelaki bersenjata dalam krisis tebusan selama 16 jam di sebuah kafe yang berakhir selepas satu serbuan dilakukan sekumpulan anggota polis.
Serbuan sekitar 2.10 pagi waktu tempatan itu turut menyebabkan dua tebusan terbunuh.
Rakaman televisyen menunjukkan polis menyerbu kafe Lindt di mana seorang lelaki bersenjata menawan beberapa orang tebusan dan memaparkan bendera Islam pada pagi Isnin.
Pemberita AFP berhampiran tempat kejadian turut terdengar satu siri letupan kuat dan jeritan setelah polis merempuh masuk.
Beberapa orang berlari keluar dari bangunan yang terletak di pusat bandar Sydney. Ada di antara mereka dilaporkan cedera.
Polis turut mengesahkan, mangsa yang meninggal dunia ialah seorang lelaki berusia 34 tahun dan seorang wanita berusia 38 tahun.
Empat tebusan yang cedera terus dibawa ke pusat kesihatan berdekatan.
Selain itu, Pesuruhjaya Polis New South Wales, Andre Scipione dalam sidang akhbarnya mengesahkan jumlah tebusan dalam insiden di adalah 17 orang.
Mereka yang diselamatkan katanya mengalami trauma dan sebahagian lagi sedang mendapatkan rawatan akibat kecederaan.
Maklumnya lagi, seorang anggota polis turut cedera di bahagian muka akibat tembakan.
Polis turut mengesahkan laporan media tempatan mengenai identiti lelaki bersenjata dikenali sebagai Man Haron Monis seorang warga Iran.
Lelaki berkenaan pernah didakwa kerana menghantar surat yang menyinggung perasaan keluarga tentera Australia yang maut di Afghanistan selain mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.
Topic Berkaitan
#Andre Scipione
#Australia
#keganasan
#Sydney cafe
#tebusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan