awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
140,000 kes tangkapan ular direkod pada 2025 - APM
Mayat lelaki disyaki mangsa bunuh ditemui dalam sungai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Krisis tebusan Sydney: Polis enggan dedah butiran kejadian

Astro Awani
Astro Awani
15/12/2014
10:40 MYT
Krisis tebusan Sydney: Polis enggan dedah butiran kejadian
Pesuruhjaya polis New South Wales Andrew Scipione berkata fokus utama pihak polis adalah aspek siasatan.
Butiran tentang tebusan di Sydney yang memasuki jam ke-11 masih tidak lengkap, dan pihak polis enggan mendedahkan maklumat terperinci kejadian.
Menjawab soalan media tempatan tentang motif insiden, Pesuruhjaya polis New South Wales, Andrew Scipione berkata pihak polis tidak akan membuat spekulasi, sebaliknya memfokuskan kepada aspek siasatan.
“Saya boleh memberi jaminan bahawa kita sedang melakukan apa sahaja agar mereka dapat dibebaskan dengan selamat,” katanya dalam satu sidang media.
Beliau juga enggan memberi maklumat tentang mereka yang berada di dalam kafe Lindt.
"Kami tidak akan memberitahu maklumat tentang siapa di dalam kafe dan berapa ramai. Kami tidak akan berbuat demikian pada masa ini," katanya.
Apabila ditanya wartawan sama ada lima tebusan dibebaskan atau melarikan diri, Scipione berkata, “Kami tidak akan bercakap tentang bagaimana ia berlaku. Kami gembira melihat mereka keluar."
Scipione menasihati orang ramai yang mengerumuni kawasan sekitar Martin Place agar tidak berada di lokasi itu kerana “tiada apa yang perlu dilihat."
Topic Berkaitan
#Andrew Scipione
#Lindt
#Martin Place
#Sydney
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan