KRISIS Ukraine-Rusia sejak beberapa minggu lalu sudah tentu menggusarkan dunia, apabila konflik di antara kedua-dua negara itu dikhuatiri berakhir dengan peperangan.
Bagaimanapun, tindakan Kremlin baru-baru ini yang mendakwa menarik balik 100,000 tenteranya dan aset ketenteraan di sempadan Ukraine - yang katanya hanya menjalani latihan biasa - dilihat meredakan sedikit ketegangan.
Namun, pihak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menafikan tentera Rusia berundur, sebaliknya ketegangan di sempadan dikatakan semakin meningkat sehingga terbaru, berlaku serangan ke atas sebuah tadika.
Menurut profesor pengajian keselamatan di Naif Arab University for Security Sciences (NAUSS), Riyadh, Prof Madya Dr Mizan Aslan, punca ketegangan tercetus ialah beberapa tindakan oleh pihak Ukraine.
"Isu paling besar ialah hasrat Ukraine untuk menyertai NATO, yang merupakan satu pakatan pertahanan tentera yang dianggotai negara Eropah dan diketuai Amerika Syarikat (AS).
"Jadi, apabila mereka cuba memperluaskan gabungan NATO itu, sehingga ke wilayah-wilayah yang secara terus berhubung dengan Rusia, terutama sekali bagi negara-negara bekas Kesatuan Soviet, ia telah sampai ke peringkat menggusarkan Russia.
"Rusia sudah habis tempoh kesebarannya dan dia mula bertindak," jelasnya.
Peranan Amerika Syarikat
Tambah Mizan, lebih memburukkan keadaan apabila AS turut memainkan peranan dalam membantu Ukraine sekiranya berlakunya perang.
Beliau menyifatkan peranan beberapa negara yang dilihat sebagai kuasa besar, hanya merupakan permainan geopolitik, atas kepentingan dan agenda masing-masing.
"Kepentingan paling utama mereka adalah ekonomi. Kalau kita telusuri secara mendalam, pada setiap konflik di dunia ini, sebenarnya ada kaitan dengan faktor ekonomi.
"Kalau kita lihat ketika ini, AS mengalami kelembapan ekonomi sangat teruk, rakyat mereka mengalami pengangguran dan lain-lain.
"Satu perkara yang kita perlu faham, Joe Biden, Presiden AS ketika ini, adalah daripada Parti Demokrat. Dan dari segi sejarahnya, pemimpin Demokrat ini memang suka berperang," katanya sambil memetik nama bekas-bekas presiden AS yang menurutnya mencipta peperangan dengan beberapa negara.
BACA: Rusia arah tentera pulang ke pangkalan, sifatkan ia 'latihan' semata-mata
Justeru, tambahnya, ketegangan itu boleh diredakan dan dielakkan sekiranya Ukraine mengambil langkah menangguhkan daripada menyertai NATO.
Kurangkan ketegangan
Malah, menurut Mizan, Rusia sebenarnya tidak berminat untuk menjajah Ukraine, sebaliknya hanya mengambil tindakan yang disifatkan sebagai bersiap sedia berdepan sebarang kemungkinan.
"Ukraine boleh selesaikan dengan menangguhkan hasrat mereka menyertai NATO, secara automatik Rusia kemudian akan senang hati dan memang Rusia tiada hasrat menjajah Ukraine.
"Peperangan di dunia ini banyak dicetuskan AS berbanding Rusia, termasuk isu Ukraine.
"Mereka (Rusia) cuma berada di sempadan, mereka mengawal kepentingan di Crimea, tetapi tidak menjajah sama sekali," katanya lagi.
Selain Ukraine, Mizan berkata, negara Eropah lain yang boleh memainkan peranan ialah Jerman dan Turki, yang mempunyai jalinan kerjasama dengan Rusia.
"Jerman negara yang sangat rapat dengan Rusia melalui laluan gas. Mereka telah bina laluan gas Nord Stream 1 dan 2.
"Mereka juga sekarang sedang membina Turk Stream 1, Turk Stream 2, yang akan menyalurkan gas digunakan oleh Eropah.
"Oleh kerana hubungan itu telah ada, saya melihat Turki dan Jerman boleh memainkan peranan untuk meredakan ketegangan yang berlaku pada hari ini," katanya.
Fareez Azman
Fri Feb 18 2022
Seorang askar Ukraine menggali parit pada kedudukan di garis pemisah antara wilayah yang dikuasai Ukraine dan wilayah yang dikuasai pemberontak berhampiran Zolote, Ukraine, 19 Feb 2022. (Foto AP)
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen
Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah pada Khamis.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
13 maut, puluhan cedera ditembak secara rambang di sekolah
Suspek yang menggunakan dua pucuk pistol itu juga dilaporkan membunuh diri selepas melepaskan tembakan secara rambang.
Krisis Ukraine-Rusia: Apa punca sebenar?
Prof Mizan berpendapat, ketegangan antara dua negara itu boleh dikurangkan sekiranya Ukraine menangguhkan hasratnya menyertai NATO.
Krisis Rusia-Ukraine: Macron adakan pertemuan dengan Putin
Pemimpin Perancis itu berkata menyasarkan untuk "berdialog dengan Rusia dan mengurangkan ketegangan" melalui rundingan itu.
Rusia arah jet pejuang iringi pesawat peninjau AS di Laut Hitam
Hubungan dua hala antara AS dan Russia berada pada tahap terendah sejak Kesatuan Soviet berpecah pada 1991.
COVID-19: Kes positif cecah 202 juta dengan 4.2 juta kematian
Kes positif kini meningkat kepada 202 juta, dengan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 35.7 juta kes.
Olimpik Tokyo: Syaqiera Mashayikh pamer panahan cemerlang sebelum tewas
Pemanah muda negara, Syaqiera Mashayikh, mempamerkan panahan cemerlang sebelum tewas 4-6 kepada peserta dari Jawatankuasa Olimpik Russia, Elena Osipova, dalam pusingan 32 acara recurve individu.
Pesawat Rusia bawa 28 penumpang dilaporkan hilang
Sebuah pesawat AN-26 Russia dengan 28 orang penumpang dilaporkan hilang di semenanjung Kamchatka di timur Russia, kata pihak berkuasa hari ini.
Menuju puncak! Sara Sofea yang pernah tawan Gunung Elbrus raih 9A SPM
Ternyata penglibatan dalam aktiviti sukan lasak tidak menghalang remaja berusia 18 tahun ini mencatat keputusan cemerlang 9A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), baru-baru ini.
COVID-19: Kes jangkitan melebihi 141 juta, korban lebih 3 juta
Angka kes positif kini meningkat kepada 141.01 juta, dengan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.6 juta kes.
Tahniah! Filem 'Belaban Hidup: Infeksi Zombie' muncul filem terbaik festival filem di Rusia
Filem indie, 'Belaban Hidup: Infeksi Zombie' memenangi kategori Filem Terbaik dan Filem Seram Terbaik di International Symbolic Art Film Festival (ISAFF) di St Petersburg, Rusia.