awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pencipta lagu P Ramlee dan Saloma nafi tiru lagu Nidji - "Persamaan mungkin ada tetapi..."
Siti Nurhaliza Ikon Seni Melaka, janji terus martabat lagu tradisi
Smart Tourism Melaka AI, pasport pelancongan perkukuh Tahun Melawat Melaka 2.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kualiti udara India memburuk akibat asap bunga api

Agensi
Agensi
02/11/2024
09:25 MYT
Kualiti udara India memburuk akibat asap bunga api
Kualiti udara bertambah buruk di beberapa kawasan di India termasuk ibu negara, New Delhi pada Sabtu berikutan penggunaan bunga api semasa perayaan Diwali di negara itu. - Reuters
NEW DELHI: Kualiti udara bertambah buruk di beberapa kawasan di India termasuk ibu negara, New Delhi pada Sabtu berikutan penggunaan bunga api semasa perayaan Diwali di negara itu.
Lokasi terkenal di New Delhi seperti Signature Bridge dan istana presiden hampir tidak kelihatan akibat terlindung lapisan tebal asap, manakala jarak penglihatan di bandar-bandar lain turut terjejas teruk.
Dalam pada itu, penduduk turut mengadu berdepan masalah pernafasan akibat pencemaran udara.
Bunga api merupakan elemen penting ketika perayaan Diwali bagi jutaan penganut Hindu di India setiap tahun meskipun beberapa bandar termasuk New Delhi, yang melarang penggunaannya dalam usaha mengurangkan tahap pencemaran yang teruk.
New Delhi, sebuah bandar dengan kepadatan 20 juta penduduk, merupakan ibu kota paling tercemar di dunia yang menyaksikan kualiti udara semakin merosot akibat pembakaran jerami selepas musim menuai, asap kereta dan asap bunga api.
Topic Berkaitan
#New Delhi
#pencemaran udara
#asap tebal
#diwali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan