awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Badminton: Seorang pemain negara keluar BAM
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kuan Yew beri sumbangan besar kepada Badan Islam Melayu - Jamiyah Singapura

Bernama
Bernama
30/03/2015
00:25 MYT
Kuan Yew beri sumbangan besar kepada Badan Islam Melayu - Jamiyah Singapura
Mendiang Lee Kuan Yew (gambar) telah memberi sumbangan besar kepada pertubuhan Islam Melayu seperti Jamiyah.
Mendiang Lee Kuan Yew telah memberi sumbangan besar kepada pertubuhan Islam Melayu seperti Jamiyah, kata Dr HM Saleem, Naib Presiden I Jamiyah Singapura, sebuah persatuan dakwah Islam Singapura.
Saleem berkata: “Hari ini kira-kira 100 pegawai Jamiyah dan penghuni rumah kebajikan berhimpun di hadapan dewan Persidangan NTUC untuk melahirkan rasa terima kasih atas sumbangan Kuan Yew.
"Kami di sini untuk melahirkan rasa terima kasih kepada pemimpin besar ini yang sumbangannya bagi pertumbuhan dan pembangunan Singapura tiada bandingannya," kata beliau.
Saleem berkata, "Kuan Yew, seorang tokoh besar dalam sejarah, akan sentiasa dikenang oleh setiap warga Singapura kerana menjadikan Singapura sebagaimana ia hari ini - menduduki tempat yang membanggakan di kalangan negara-negara".
"Semoga dedikasi kehidupannya, komitmen dan perjuangannya yang gigih diikuti oleh generasi kita masa depan".
Sekalipun dibasahi hujan lebat, sekumpulan pegawai dan sukarelawan Jamiyah serta penghuni rumah kebajikan Jamiyah mula berbaris di pinggiran jalan yang menuju ke Dewan Persidangan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) seawal 8 pagi.
Mereka menyertai beribu-ribu rakyat Singapura yang lain yang membentuk barisan sepanjang laluan pembawa jasad mendiang Kuan Yew sambil dengan penuh emosi mengucapkan 'selamat jalan' kepada pemimpin itu dengan mengibarkan bendera kebangsaan sekalipun dalam hujan lebat.
Mereka melaungkan ucapan "Terima kasih Encik Lee Kuan Yew” dan 'Majulah Singapura'.
Topic Berkaitan
#HM Saleem
#Islam
#Jamiyah Singapura
#Lee Kuan Yew
#persatuan dakwah
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan